Utama Telco YTL Yes 5G Melancarkan Kempen Terpaling-KAW – 999GB dengan hanya RM1!

Yes 5G Melancarkan Kempen Terpaling-KAW – 999GB dengan hanya RM1!

66
0

Kuala Lumpur, 7 November 2024 – Yes 5G teruja untuk memperkenalkan tawaran paling menarik pada musim perayaan yang akan datang! Kempen KAWKAWKAW menawarkan 999GB data dengan hanya RM1 kepada rakyat Malaysia, dengan akses terpaling-KAW untuk menikmati kelajuan tanpa had untuk permainan dalam talian, penciptaan kandungan, berkerja dan berhibur. Tersedia dari 5 November 2024 hingga 5 Februari 2025, rakyat Malaysia kini boleh menikmati ketersambungan tanpa henti, hiburan yang berpanjangan, dan produktiviti yang optimum.

Kempen KAWKAWKAW ialah peluang terbaik untuk kekal berhubung dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan rakan-rakan. Kempen KAWKAWKAW bukan sekadar pelan data, tetapi ia adalah aspirasi “5G untuk Semua” yang bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan akses mampu milik kepada rangkaian 5G tanpa batasan pada nilai yang luar biasa. Yes 5G menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini bagi pengguna menikmati rangkaian 5G terbaik untuk menjadi lebih produktif, mengeratkan hubungan bersama keluarga dan rakan serta berhibur sepanjang musim perayaan yang akan datang.

Kelebihan tanpa batasan dengan 999GB Data

Kempen baharu ini memberi kelebihan:

  • Untuk Peminat Permainan Dalam Talian: Terokai pengalaman sehingga 50 jam permainan HD penuh dengan lancar bersama rakan tanpa lag atau gangguan.
  • Untuk Keluarga dan Rakan: Nikmati tontonan siri dan filem secara maraton, melayari laman web dengan kelajuan 5G yang lancar.
  • Untuk Profesional yang selalu menggembara: Pastikan berbilang peranti disambungkan semasa berkerja di luar pejabat, dalam mesyuarat atau menjalankan tugasan lain di mana sahaja anda berada.
  • Untuk Pencinta Muzik dan Filem: Terokai hiburan ekstravaganza – strim muzik sehingga 6,600 jam atau muat turun 222 filem dalam resolusi tinggi.
  • Untuk Pencipta Kandungan: Muat naik 25 jam video 4K, acara strim langsung, dan berinteraksi dengan penonton dalam masa nyata dengan mudah.

Kempen KAWKAWKAW ialah personifikasi misi Yes 5G untuk menjadikan perkhidmatan 5G boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia, sekaligus menyokong komitmen kerajaan terhadap pemerkasaan digital dengan menawarkan internet berkelajuan tinggi mampu milik untuk semua.

Amelia Henderson Sertai Yes 5G sebagai Duta Jenama “Terpaling-KAW”!

Yes 5G menambahkan lagi “KAW” dengan mengalu-alukan pembabitan selebriti terkenal, Amelia Henderson sebagai duta jenama bersama terbaharunya! Amelia begitu teruja untuk membawa tenaga “Terpaling-KAW” kepada Yes 5G dengan bakat dan pesonanya yang unik dan menawan.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Amelia berkata: “Merapatkan jurang dan memperkasakan komuniti adalah usaha murni yang sangat saya hargai.  Saya terharu kerana diberi peluang untuk menjalin kerjasama dengan syarikat telekomunikasi yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia. Ketika syarikat telekomunikasi lain masih mengekalkan tawaran yang terhad, Yes 5G melangkah setapak ke hadapan dengan menawarkan nilai dan tawaran ‘Terpaling-KAW’ kepada rakyat Malaysia. Kerjasama ini mencerminkan hubungan dan kemajuan sebenar untuk semua!”

Kelayakan untuk Kempen KAWKAWKAW Yes 5G 

Pelanggan yang berminat boleh mendaftar dengan mana-mana pelan pascabayar atau prabayar Yes 5G yang layak dan hanya menambah RM1 untuk mengakses 999GB data dengan kelajuan tanpa batasan. Kini, anda boleh berkongsi hotspot dengan keluarga dan rakan!

Pascabayar:

  • Pendaftaran baharu dengan pelan RM20 dan ke atas
  • Pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun aktif (tidak disekat atau digantung) dengan pelan berulang bulanan minimum RM20 dan ke atas.

Prabayar:

  • Pendaftaran baharu dengan pelan RM20 dan ke atas
  • Pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun aktif dan add-on minimum RM20 dan ke atas

Kempen Yes 5G ini memberi peluang keemasan kepada rakyat Malaysia untuk menikmati rangkaian 5G tanpa batasan, memastikan akses Internet tanpa batasan merentas semua aktiviti, daripada permainan dalam talian kepada penstriman dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Yes 5G  atau ikuti Yes 5G di Instagram atau Facebook 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.