Home Android Xiaomi Xiaomi Mi 11 bakal hadir dengan pengecasan pantas 55W

Xiaomi Mi 11 bakal hadir dengan pengecasan pantas 55W

29
0

Model Xiaomi M2011K2C yang dijangkakan bakal hadir sebagai Xiaomi Mi 11, telah pun menerima persijilan dari 3C.

Telefon pintar ini juga didatangkan dengan pengecas MDY-12-EQ, yang menyokong pengecasan pantas sehingga 55W.

Sehingga kini tidak begitu banyak maklumat berkenaan Mi 11, sungguhpun terdapat khabar angin yang mengatakan ianya bakal hadir sebelum akhir tahun ini.

Telefon pintar model terbaru keluaran Xiaomi ini pernah dilaporkan bakal dilengkapkan dengan cipset Snapdragon 888 pada model Mi 11 Pro. Selain itu, paparan untuk model Pro ini pula dikatakan menggunakan panel QHD+ 120Hz.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari 3C, Mi 11 bakal mempunyai bateri yang berkapasiti 4,780 mAh.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.