Home Komputer Sistem Operasi Microsoft terbitkan pembaikan segera untuk isu Check Disk SSD Windows 10 2H20

Microsoft terbitkan pembaikan segera untuk isu Check Disk SSD Windows 10 2H20

22
0

Microsoft telah melancarkan pembaikan segera bagi isu penggunaan fungsi Check Disk (ChkDsk) yang menyebabkan masalah pada SSD.

Menurut Microsoft, masalah ChkDsk pada SSD yang menyebabkan ralat BSOD muncul berpunca dari kemaskini KB4592438 yang merupakan sebahagian dari komponen kemaskini 2H20 Windows 10.

Terdahulu, penggunaan ChkDsk pada Windows 10 versi terkini yang dipasangkan pada SSD telah menyebabkan data pada medium storan berkenaan menjadi korup. Fungsi yang telah wujud selama berdekad ini direka khusus untuk kegunaan pemacu cakera keras tradisional (HDD).

Sehingga kini, Microsoft memaklumkan pembaikan ini bakal bersedia dalam tempoh 24 jam. Bagi pengguna yang bermasalah tidak dapat memulakan Windows 10 yang berpunca dari masalah ChkDsk ini, Microsoft mencadangkan langkah-langkah berikut.

  • Setelah peranti anda secara automatik memasuki Recovery Console, pilih Advanced
  • Pilih Command Prompt dari senarai tindakan
  • Di dalam Command Prompt, taipkan: chkdsk /f
  • Benarkan chkdsk menghabiskan imbasan dan sebaik selesai, taipkan: exit
  • Peranti berkenaan sepatutnya boleh dihidupkan seperti biasa. Jika ianya masih lagi masuk ke Recovery Console, klik pada Exit untuk memasuki Windows 10.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.