Utama Android Samsung Samsung terbitkan kemaskini Android 12 untuk siri Galaxy S21

Samsung terbitkan kemaskini Android 12 untuk siri Galaxy S21

Gergasi elektronik dari Korea Selatan ini turut menyatakan kemaskini versi terbaru tersebut pada peranti-peranti lain akan menyusul kemudian.

138
0
Kemaskini Android 12 Samsung One UI 4

Selepas menjadi yang pertama melancarkan versi beta Android 12, Samsung kini menjadi pengeluar peranti Android pertama yang menerbitkan kemaskini rasmi Android 12 melalui antaramuka One UI 4.

Pelancaran ini menyaksikan Samsung Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra akan menerima kemaskini tersebut. Ia akan disusuli oleh peranti-peranti keluaran Samsung lain tidak berapa lama lagi.

Antaramuka One UI 4hadir dengan papan kekunci yang lebih ekspresif dengan pelbagai GIF dan pelekat. Serta widget baharu dengan pilihan pengubahsuaian yang lebih mendalam.Samsung Android 12 One UI 4 Privacy

Pengubahsuaian akan menjadi teras utama kemaskini ini melalui pewarnaan dinamik dengan gaya Material You Android 12. Ini akan menghasilkan palet warna untuk tema telefon anda berdasarkan hiasan latar anda yang akan digunakan pada kebanyakan aplikasi Samsung.

Melalui manfaat ciri privasi yang lebih kukuh pada Android, fungsi Privacy Dashboard membolehkan anda melihat aplikasi mana yang meminta menggunakan maklumat sensitif anda.

Ia juga menawarkan petunjuk yang membolehkan anda melihat apabila sesebuah aplikasi menggunakan kamera dan mikrofon. Anda juga diberikan pilihan untuk mematikan sepenuhnya jika inginkan privasi lengkap dari aplikasi anda.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.