Utama Komputer Permainan Xbox Series X hadir dengan Gucci Edition; Berharga RM41,630

Xbox Series X hadir dengan Gucci Edition; Berharga RM41,630

Hanya 100 unit sahaja yang akan dijual di pasaran bermula pada 17 November ini di kedai-kedai mercu Gucci di seluruh dunia.

436
0

Xbox Series X secara rasminya tidak ditawarkan di pasaran tempatan dengan harganya lebih kurang sama dengan PS5. Pada paras harga berkenaan, konsol ini pastinya bukan murah untuk diperoleh.

Tetapi ini tidak menghalang untuk Xbox Series X hadir dengan ciri yang lebih eksklusif melalui jenama fesyen terkemuka, Gucci. Edisi Gucci ini ditawarkan pada harga USD10,000 (~RM41,360).

Hadir dengan corak ukiran berlaser jenama Gucci pada badannya, konsol ini didatangkan dengan beg khas yang kelihatan seperti beg pakaian. Pun begitu, sesuai dengan jenama fesyen mewah yang dibawakan oleh jenama tersebut, Xbox Series X Gucci Edition ini juga kelihatan mewah laksana selera golongan kayangan.

Seperti barangan-barangan mewah lain yang dijual pada harga yang amat mahal, Xbox Series X Gucci Edition ini juga dijual dengan kuantiti yang terhad. Hanya 100 unit sahaja yang dihasilkan bagi edisi khas ini. Ia akan mula dijual pada 17 November ini di kedai-kedai mercu Gucci.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.