Utama Microsoft Windows 11 terima aplikasi Android, penambahbaikan Taskbar dan banyak lagi bulan depan

Windows 11 terima aplikasi Android, penambahbaikan Taskbar dan banyak lagi bulan depan

636
0
Windows 11 Android Apps

Microsoft sedang merancang untuk melancarkan pratonton umum untuk aplikasi Android di dalam Windows 11 minggu depan. Ia bakal dilaksanakan bersama-sama penambahbaikan taskbar dan rekaan baharu aplikasi Notepad dan Media Player.

Ketua Pegawai Produk Microsoft, Panos Panay turut menggariskan beberapa perubahan Windows 11 yang akan datang. Perubahan tersebut juga dilihat akan menjadi sebahagian dari kemaskini utama yang pertama untuk Windows 11.

Penambahbaiakn taskbar berkenaan turut merangkumi fungsi senyap dan nyahsenyap. Kemungkinan juga, ia akan disertakan dengan ciri menunjukkan jam pada monitor kedua.

Kedua-dua ciri berkenaan tidak terdapat pada Windows 11 ketika dilancarkan. Microsoft buat masa ini masih lagi menambahbaik taskbr dengan membawa kembali kefungsian leret dan letak.

Windows 11 pada bulan depan juga akan menyertakan wijet cuaca pada taskbar. Aplikasi Notepad dan Media Player juga akan menerima rekaan baharu yang lebih serasi dengan Windows 11 dan penambahan mod gelap.

Penambahan baharu besar yang akan datang pastinya aplikasi Android pada Windows 11 yang menurut Panos Panay akan disediakan sebagai pratonton umum terlebih dahulu. Ini secara tidak langsung menjelaskan fungsi berkenaan masih lagi di dalam peringkat beta pada bulan depan.

Microsoft pertama kali menguji aplikasi Android pada Windows 11 bersama-sama kumpulan penguji sejak Oktober tahun lalu. Ciri berkenaan pada ketika itu membenarkan pengguna sebilangan aplikasi yang terhad dari Amazon Appstore. Buat masa ini, beberapa kaedah boleh digunapakai untuk menjalankan Google Play Store pada Windows 11. Namun, Microsoft tidak menyokong secara rasminya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.