Utama Komputer Windows 10 benarkan Microsoft lumpuhkan Game Cetak Rompak dari jauh

Windows 10 benarkan Microsoft lumpuhkan Game Cetak Rompak dari jauh

761
1

Microsoft telah mengemaskini kandungan Perjanjian Pengguna Akhir Windows 10 (Windows 10 End User Agreement) dan di dalamnya ia menyatakan satu klausa yang membolehkan perisian cetak rompak di dalam sistem operasi dilumpuhkan. Walaupun ia tidak merangkumi secara keseluruhan bagaimana perisian tersebut dikesan sebagai cetak rompak, ia lebih merujuk kepada terma penggunaan perisian pihak pertama tanpa kebenaran.

Seksyen 7b di dalam Perjanjian Pengguna Akhir menyatakan;

“sometimes you’ll need software updates to keep using the Services. We may automatically check your version of the software and download software updates or configuration changes, including those that prevent you from accessing the Services, playing counterfeit games, or using unauthorized hardware peripheral devices. You may also be required to update the software to continue using the Services. Such updates are subject to these Terms unless other terms accompany the updates, in which case, those other terms apply. Microsoft isn’t obligated to make any updates available and we don’t guarantee that we will support the version of the system for which you licensed the software.”

Windows 10 sebelum ini berhadapan dengan kritikan terhadap amalannya mengumpulkan data pengguna. Ditambah pula dengan isu terbaru ini, menambahkan lagi kebimbangan di kalangan pengguna komputer biasa terhadap niat dan tujuan asal Microsoft dalam penghasilan sistem operasi untuk pengguna.

Pendekatan ini dilihat agak berbeza berbanding sebelum ini dimana Microsoft menggunakan DRM. Walaupun tindakan ini kelihatan tidak begitu intrusif, membenarkan sistem operasi mengimbas peranti storan untuk menjejak perisian cetak rompak bakal mengundang rasa kurang senang di kalangan sesetengah pengguna.

-Sumber berita diperoleh dari Alphr, Imej diperoleh dari Technolife

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.