Utama Mobile Android Celcom tawarkan Samsung Galaxy A8 (RM688) dan Galaxy J5 (RM438) untuk pakej...

Celcom tawarkan Samsung Galaxy A8 (RM688) dan Galaxy J5 (RM438) untuk pakej pascabayar First

725
0

Celcom kini memasukkan Samsung Galaxy A8 dan Samsung Galaxy J5 ke dalam senarai pakej tawaran bundle telefon pintarnya. Syarikat telco ini menawarkan harga untuk kedua-dua peranti ini pada RM688 dan RM438 setiap satunya apabila anda mendaftar dengan pelan pasca-bayar Celcom First.

Celcom menawarkan Samsung Galaxy A8 dan Samsung Galaxy J5 bersama-sama pakej pelan Celcom First Basic 85 dan Celcom First Elite yang mana pengguna akan diikat dengan kontrak sehingga 24 bulan.

Samsung Galaxy A8 dan Samsung Galaxy J5 pada kebiasaannya ditawarkan pada harga RM1,888 dan RM799 mengikut harga pasaran semasa. Untuk pakej pelan Celcom ini, pengguna perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM 250 bagi pakej First Basic 85 dan RM 1,000 untuk pakej First Elite.

Kedua-dua peranti ini sudah pun hadir ke pasaran Malaysia sejak lewat Julai lalu. Samsung Galaxy A8 merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang memiliki ciri premium yang menampilkan ciri seperti paparan HD penuh 5.7” dan dikuasakan oleh pemprosesan lapan teras Exynos 5430. Ia juga memiliki kamera 16 mega piksel pada belakangnya yang mampu mengambil imej dalam keadaan kurang pencahayaan.

Manakala untuk Samsung Galaxy J5 pula, ia dikuasakan oleh pemprosesan empat teras 1.2 GHz Snapdragon 410 dengan paparan HD penuh 5.7 inci. Kedua-dua telefon pintar ini merupakan telefon pintar pertama dari Samsung yang hadir dengan sokongan flash pada kamera hadapannya yang membantu menjadikan imej selfie lebih anggun.

-Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman rasmi Celcom

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.