Utama Mobile iOS Final Fantasy VII kini hadir ke iPhone dan iPad

Final Fantasy VII kini hadir ke iPhone dan iPad

667
0

Permainan RPG yang amat popular dalam platform Sony PlayStation satu ketika dulu, Final Fantasy VII hadir ke platform iOS. Permainan mudah alih ini boleh didapati di dalam App Store pada harga USD 19.99 (RM 82.09) dan boleh dimainkan pada iPhone (versi iPhone 5S dan ke atas) dan juga iPad (iPad 3 atau iPad Mini 2 dan ke atas).

Bagaimanapun, Final Fantasy VII versi peranti mudah alih ini bukanlah versi remake yang ditunggu-tunggu oleh para peminat premis siri permainan ini sebagaimana yang diumumkan ketika Pameran E3 2015 pada bulan Jun lalu.

Permainan versi peranti mudah alih ini dijangkakan masih lagi mengekalkan jalan cerita yang sama sebagaimana ia hadir ke pasaran pada tahun 1997 lalu. Malah, kualiti grafiknya juga dikatakan masih lagi kekal seperti mana yang digunakan pada versi asalnya.

Namun begitu, beberapa perubahan dimuatkan untuk disesuaikan dengan kefungsian iPhone dan iPad seperti ciri mengubah antara kawalan analog maya dengan kawalan digital empat hala untuk kawalan atas skrinnya.

Buat masa ini, Square Enix, syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan siri-siri permainan Final Fantasy sedang giat membangunkan remake Final Fantasy VII versi HD untuk dimainkan pada platform PlayStation 4.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya di App Store, anda perlu menyediakan ruang sekurang-kurangnya 4 GB untuk memuatkan permainan RPG ini.

Muat turun Final Fantasy VII di App Store

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.