Utama Komputer Windows 10 kini digunakan pada lebih dari 800 juta peranti

Windows 10 kini digunakan pada lebih dari 800 juta peranti

463
0

Microsoft Windows 10 kini digunakan pada lebih dari 800 juta peranti dengan pertambahan lebih kurang 100 juta pengguna sepanjang tempoh enam bulan terakhir ini.

Pada tahun 2017 lalu, pihak Microsoft menyatakan sebanyak 500 juta peranti menggunakan Windows 10. Enam bulan kemudian, bilangan tersebut bertambah kepada 600 juta peranti.

Kini, dengan 800 juta peranti, sistem operasi keluaran Microsoft ini seterusnya menjadi antara yang terbesar di dunia.

Bagaimanapun, jumlah ini sebenarnya masih lagi tersasar dari sasaran awal yang meletakkan jumlah penggunaan Windows 10 pada 1 billion peranti ketika awal pelancarannya Julai 2015 dahulu.

Microsoft mengakui sasaran berkenaan adalah terlalu tinggi. Malah, ianya mengambil masa empat tahun untuk mengatasi bilangan pengguna peranti yang menggunakan Windows 7 yang usianya lebih dari sedekad.

Dasar pembangunan Microsoft untuk Windows kini beralih kepada penyedia perkhidmatan dan bukannya produk sebagaimana versi-versinya yang terdahulu.

Selain itu, Microsoft juga turut menggalakkan pengguna-pengguna sistem operasinya versi terdahulu untuk beralih ke Windows 10.

Baru-baru ini, Microsoft telah menyatakan pihaknya akan menamatkan sokongan Windows 7 lebih awal sekiranya pengguna-pengguna sistem operasi berkenaan gagal mengemaskini untuk bulan Mac yang membawakan algoritma enkripsi SHA-2.

Sumber berita diperoleh dari Ars Technica

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.