Utama Komputer WHO galakkan Orang Ramai Bermain Game di Rumah ketika Wabak COVID-19

WHO galakkan Orang Ramai Bermain Game di Rumah ketika Wabak COVID-19

1060
0

Beberapa bulan sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan ketagihan bermain permainan video sebagai satu masalah kesihatan. Sungguhpun masalah tersebut sudah pun dibangkitkan, apa tidak dijangkakan kini ialah apabila WHO mencadangkan bermain permainan video sebagai aktiviti mengisi masa lapang.

Menurut laporan dari USA Today, Activision-Blizzard dan pembuat permainan video telah memulakan inisiatif #PlayApartTogether bagi menghiburkan diri masing-masing di samping mengamalkan penjarakkan sosial.

The group hopes that the industry can ‘reach millions with important messages to help prevent the spread of COVID-19,’ said Ray Chambers, the U.S. ambassador to WHO in a statement. Game companies will encourage players to stay distanced and observe other safety measures including hand hygiene, he said. ‘We’re at a crucial moment in defining outcomes of this pandemic,’ he said in a subsequent tweet. ‘Games industry companies have a global audience – we encourage all to #PlayApartTogether. More physical distancing + other measures will help to flatten the curve + save lives.’

Penggerak inisiatif berkenaan berhasrat industri permainan video mampu menyampaikan mesej penting menghalang wabak COVID-19 kepada jutaan pemain di seluruh dunia. Syarikat pengeluar permainan video juga akan menggalakkan pada pemain supaya menjaga jarak dan mengamalkan kebersihan diri.

Duta Amerika Syarikat ke WHO, Encik Ray Chambers berharap industri dan pemain permainan video di seluruh dunia berganding bahu. Beliau menyatakannya melalui Twitter supaya semua pihak menjaga jarak fizikal antara satu sama lain, membantu medatarkan lekuk graf COVID-19 dan seterusnya melindungi nyawa umat manusia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.