WhatsApp kini sedang menguji fungsi log keluar yang membolehkan pengguna menyah-hubung (unlink) peranti dari akaun tanpa perlu memadam keseluruhan data peranti berkenaan.

WABetaInfo melaporkan fungsi berkenaan akan menggantikan pilihan ‘Delete Account’ yang sering digunakan oleh pengguna untuk menukar akaun di dalam satu peranti.

Bagaimanapun kaedah ini mungkin akan berlaku sedikit perubahan apabila diluncurkan kepada pengguna melalui kemaskini kelak. Namun, tujuan asal fungsinya masih lagi tetap sama.

Menurut WABetaInfo lagi, ujian telah menunjukkan fungsi ini boleh digunakan tanpa sebarang isu pada WhatsApp personal dan Bussiness, baik pada Android mahupun iOS.

Fungsi ini juga dijangkakan boleh digunakan bersama-sama fungsi berbilang peranti yang sedang dirancangkan. Fungsi berbilang peranti yang juga di peringkat beta membolehkan pengguna menyambungkan ke sehingga empat peranti untuk satu akaun WhatsApp.

Buat masa ini pengguna hanya boleh memiliki satu akaun berdaftar pada satu peranti sahaja. Fungsi ‘keluar’ dari akaun menggunakan ‘Delete Account’ seperti yang biasa dilakukan akan menyebabkan data seperti chat, dan video dipadamkan dari peranti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.