Samsung Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pengurangan harga jualan bagi Samsung Galaxy Z Flip iaitu RM3,999. Mula diperkenalkan pada tahun lalu, telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat ini pada asalnya dijual pada harga RM5,888.

Samsung Galaxy Z Flip hadir dengan paparan Infinity Flex Dynamic AMOLED 6.7-inci Full HD+ yang dilindungi oleh lapisan boleh lentur Ultra Thin Glass. Telefon pintar ini juga menampilkan sebuah lagi paparan Super AMOLED 1.1-inci yang boleh digunakan untuk menyemak notifikasi atau sebagai pemidang tilik (viewfinder) untuk tangkapan swafoto melalui kamera utamanya.

Untuk kamera Galaxy Z Flip, kamera utamnya menampilkan lensa utama 12MP f/1.8 Dwi Piksel bersama-sama lensa bersudut ultra-luas 12MP f/2.4. Untuk hadapannya pula, terdapat sebuah lensa 10MP f/2.4 ditempatkan di dalam paparannya.

Dari segi pemprosesannya, Galaxy Z Flip menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 855+. Manakala untuk RAM, kapasiti yang ditawarkan adalah 8GB dan storan dalamannya pula 256GB. Melengkapkan spesifikasinya, telefon pintar terbaru Samsung ini menawarkan kapasiti bateri 3,300mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar dan nirwayar, Wireless PowerShare.

Pada harganya yang kini dijual RM3,999, ini mungkin peluang terbaik buat anda yang berminat untuk memiliki Galaxy Z Flip.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.