Utama Mobile Aplikasi WhatsApp sediakan fungsi benarkan pengguna terlewat sertai Panggilan Video Berkumpulan selepas dimulakan

WhatsApp sediakan fungsi benarkan pengguna terlewat sertai Panggilan Video Berkumpulan selepas dimulakan

287
0

WhatsApp kekal sebagai salah satu aplikasi permesejan popular untuk Android sungguhpun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tahun ini. Penambahan pelbagai ciri baharu yang akan diperkenalkan mampu menjadikannya sentiasa relevan.

Baru-baru ini WhatsApp telah mengumumkan fungsi yang membenarkan anda untuk menyertai sesebuah panggilan video yang sedang berlangsung, walaupun anda terlewat untuk menyertainya dari mula.

Kemaskini ini kelak membolehkan anda melihat senarai panggilan bersuara atau video yang sedang berlangsung dan membenarkan anda menyertainya dengan hanya mengetik pada senarai tersebut.

Sama seperti panggilan suara dan video anda yang lain, fungsi ini juga disediakan dengan enkripsi hujung-ke-hujung bagi memelihara privasi anda.

Selain itu, WhatsApp juga membenarkan untuk anda memutuskan panggilan di tengah-tengah dan menyambungnya semula ketika sesi panggilan sedang berlangsung.

Anda juga dapat melihat senarai siapa pemanggil lain yang sedang berada di dalam sesi panggilan ketika anda dijemput untuk menyertainya. Malah, anda juga boleh melihat seluruh senarai jemputan menyertai panggilan tersebut termasuk pengguna yang masih lagi belum turut serta di dalam sesi berkenaan.

Fungsi Panggilan Berkumpulan WhatsApp (WhatsApp Group Calling) memudahkan pengguna melakukan perbincangan sesama kenalan dan ahli keluarga terutamanya semasa mendepani wabak COIVID-19 ini.

Kemaskini ini mula telah ditawarkan dari hari ini dan akan berterusan sepanjang minggu ini kepada seluruh pengguna WhatsApp di seluruh dunia.

SUMBERFacebook Newsroom
Artikel sebelum iniCelcom tingkat kapasiti rangkaiannya melalui Rangkaian Smart 8T8R berskala besar pertama di dunia
Artikel seterusnyaApple terbitkan kemaskini iOS 14.7 untuk iPhone; Sertakan sokongan untuk pek bateri MagSafe
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.