Utama Apple Apple terbitkan kemaskini iOS 14.7 untuk iPhone; Sertakan sokongan untuk pek bateri...

Apple terbitkan kemaskini iOS 14.7 untuk iPhone; Sertakan sokongan untuk pek bateri MagSafe

93
0

Apple baru-baru ini telah menerbitkan kemaskini iOS 14.7 untuk seluruh model iPhone yang menerima sokongan iOS 14. Kemaskini baharu ini turut membawakan sokongan untuk pek bateri MagSafe yang sesuai digunakan dengan iPhone 12, 12 mini, 12 Pro, dan 12 Pro Max.

Ia juga memperkenalkan penawaran Apple Card Family yang membolehkan anda menggabungkan had kredit dan berkongsikan satu akaun secara bersama dengan pengguna Apple Card sedia ada.

Selain itu, kemaskini ini juga memberikan aplikasi Home keupayaan menguruskan pemasa pada HomePod. Serta menambah maklumat mengenai kualiti udara di Kanada, Perancis, Itali, Belanda, Korea Selatan dan Sepanyol di dalam aplikasi Weather dan Maps.

Tidak ketinggalan, pustaka di dalam Podcasts membenarkan anda memilih untuk melihat kesemua rancangan atau hanya rancangan yang anda ikuti sahaja.

Sejumlah pembaikan ralat turut dimuatkan ke dalam kemaskini ini bagi mengatasi masalah-masalah berikut seperti:

  • Pilihan menu ‘Share playlist’ yang hilang di dalam Apple Music
  • Main semula ‘lossless audio’ Dolby Atmos dan Apple Music terhenti secara tiba-tiba
  • Mesej penyelenggaraan bateri hilang selepas iPhone dihidupkan semula pada sesetengah model iPhone 11
  • Paparan Braille menunjukkan maklumat yang tidak tepat ketika menghasilkan mesej untuk e-mel.

Ini bukanlah kemaskini yang paling besar setakat ini, namun ia mampu memberikan pembaikan yang diperlukan oleh sebahagian pengguna yang terkesan.

Untuk mengemaskini iOS 14.7 bagi iPhone anda, pergi ke Settings > General > Software Update. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.