Utama Mobile Aplikasi WhatsApp kini menyokong penghantaran Foto dan Video tidak dimampatkan

WhatsApp kini menyokong penghantaran Foto dan Video tidak dimampatkan

391
0

WhatsApp kini telah menawarkan pilihan kepada penggguna untuk menghantar kandungan media di dalam kualiti asal. Ini bermakna pengguna aplikasi permesejan berkenaan boleh menghantar foto dan video tanpa dimampatkan.

Kedua-dua platform mudah alih iOS dan Android yang telah mengemaskini WhatsApp versi terkini telah pun menerima sokongan tersebut. Pengguna boleh melihat pada tanda “+” di ruangan borak untuk menghantar kandungan dan di dalamnya terdapat pilihan untuk menghantar foto dan video di dalam bentuk saiznya yang asal bersama-sama butang mencari fail. Ciri ini tersedia di dalam borak secara individu dan juga kumpulan. Namun hanya menyokong saiz fail sehingga 2GB sahaja.

Awal tahun ini WhatsApp telah melancarkan sokongan HD yang membolehkan pengguna menghantar foto dan video berdefinisi tinggi. Saiznya memang lebih besar, namun media yang dihantar menerusi ciri tersebut masih lagi dimampatkan. Oleh itu, melalui sokongan baharu yang diperkenalkan ini, pengguna bebas untuk menghantar fail pada saiz sebenarnya asalkan tidak melebihi had 2GB untuk sesebuah fail.

Penghantaran media menggunakan pilihan sokongan baharu ini bagaimanapun tidak menyediakan pratonton kepada penerimanya. Untuk melihatnya, penerima perlu memuat turunnya terlebih dahulu dan membuka untuk melihat kandungannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.