WhatsApp kerap melakukan pengujian fungsi bagi memastikan sentiasa terkehadapan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna-penggunanya. Terkini, ciri baharu yang sedang diuji di peringkat beta melibatkan fungsi membolehkan pengguna melakukan suntingan pada mesej yang sudah dihantar.
Pesaingnya, Telegram sudah pun menawarkan ciri tersebut dan baru-baru ini WABetaInfo melaporkan kemaskini baharu untuk pengguna WhatsApp beta peranti Android telah ditawarkan menerusi Google Play.
Pengguna program beta aplikasi yang bernombor versi 2.23.10.13 berpeluang menguji fungsi tersebut sebelum ia ditawarkan kepada pengguna umum. Ciri tersebut boleh digunakan di dalam sesi borak dengan individu mahupun secara berkumpulan.
Di dalam tangkapan layar yang dikongsikan oleh WABetaInfo, pengguna yang telah menghantar mesej boleh menyuntingnya semula jika didapati terdapat kesilapan seperti ejaan. Untuk melakukan suntingan tersebut, pengguna boleh memilih mesej berkenaan dan ketik pada menu tiga titik bertindih pada penjuru kanan atas yang memaparkan pilihan ‘Info,’ ‘Copy,’ dan ‘Edit’