Utama PRNewswire ECOLIBRIUM MELANCARKAN SMARTSENSE DISCOVERY UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN DI UK MELIHAT PELEPASAN KARBON...

ECOLIBRIUM MELANCARKAN SMARTSENSE DISCOVERY UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN DI UK MELIHAT PELEPASAN KARBON DAN MEMPERCEPAT PERJALANAN SIFAR BERSIH

353
0
ECOLIBRIUM MELANCARKAN SMARTSENSE DISCOVERY UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN DI UK MELIHAT PELEPASAN KARBON DAN MEMPERCEPAT PERJALANAN SIFAR BERSIH
  • SmartSense Discovery  menawarkan teknologi bertaraf dunia untuk merealisasikan penyahkarbonan perusahaan 
  • Lihat pelepasan karbon seluruh portfolio hartanah anda pada satu papan pemuka dalam masa 48 jam selepas penyesuaian  – langkah pertama untuk syarikat-syarikat memahami jejak karbon mereka 
  • Suapan data pelepasan karbon  hampir masa nyata
  • Pemasangan  bebas perkakasan

LONDON, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ — Ecolibrium, platform penyahkarbonan pembelajaran mesin untuk bangunan komersial dan perindustrian, telah mengumumkan pelancaran SmartSense Discovery, alat baharu yang membolehkan syarikat mengenal pasti, menanda aras dan mengurus jejak karbon di seluruh portfolio mereka dalam masa 48 jam selepas penyesuaian.

ECOLIBRIUM MELANCARKAN SMARTSENSE DISCOVERY UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN DI UK MELIHAT PELEPASAN KARBON DAN MEMPERCEPAT PERJALANAN SIFAR BERSIH

SmartSense Discovery telah dibangunkan untuk memberi syarikat gambaran serta-merta tentang kos tenaga, penggunaan dan intensiti karbon pada bangunan dan portfolio mereka. SmartSense Discovery akan menjadi alat yang tidak ternilai bagi organisasi yang beroperasi dalam pelbagai sektor, terutamanya organisasi yang mempunyai intensiti tenaga yang lebih tinggi atau operasi berbilang lokasi seperti peruncitan dan hospitaliti. Platform ini juga menawarkan faedah yang sama kepada badan-badan dalam sektor awam seperti hospital, sekolah dan pihak berkuasa tempatan sebagai langkah pertama ke arah penyahkarbonan.

SmartSense Discovery menyatukan data ke dalam satu papan pemuka yang memberi gambaran keseluruhan tentang prestasi portfolio. Prestasi ini kemudiannya dianalisis secara berterusan terhadap trend operasi dan penanda aras bangunan untuk memantau penggunaan tenaga dan mengesan anomali.

Data yang dikumpul pada SmartSense Discovery dapat membentuk asas bagi pelaporan wajib. Di UK, semua organisasi besar dikehendaki mematuhi rangka kerja Pelaporan Karbon dan Tenaga yang Diperkemas (SECR). SECR melihat pelepasan gas rumah hijau dan usaha yang diambil untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan ini merupakan langkah penting dalam pelaksanaan kawal selia yang semakin ketat untuk menyokong matlamat Karbon Sifar Bersih 2050 Kerajaan.

SmartSense Discovery merupakan langkah pertama yang boleh diambil oleh organisasi melalui kerjasama dengan Ecolibrium. Organisasi boleh menaik taraf kepada SmartSense Insights, suatu alat komprehensif yang mengasimilasikan beribu-ribu titik data IoT yang merangkumi seluruh infrastruktur operasi organisasi untuk mencipta kembaran digital, sehingga aset tenaga yang terkecil. Pembelajaran mesin digunakan oleh SmartSense Insights untuk membandingkan prestasi dengan piawaian industri yang tertinggi. Ecolibrium kemudiannya menghasilkan pelan hala tuju aktiviti untuk penambahbaikan berterusan dan untuk mencapai kecemerlangan operasi, sasaran kelestarian dan bangunan yang lebih sihat. Ini menyebabkan penjimatan tenaga berjaya dicapai sebanyak 15% hingga 20% dan penjimatan pelepasan karbon sebanyak 12% hingga 15% untuk lebih 100 pelanggan di seluruh dunia.

Chintan Soni, Ketua Pegawai Eksekutif Ecolibrium berkata: “Ketika UK berlumba-lumba untuk memenuhi komitmen Karbon Sifar Bersih yang mengikat secara sah menjelang tahun 2050, penyelidikan daripada Dewan Perniagaan British telah menunjukkan bahawa 90% perniagaan masih belum mengambil langkah pertama yang penting untuk menangkap dan mengurus jejak karbon mereka. SmartSense Discovery menyelesaikan cabaran ini buat kali pertama dengan membantu syarikat menyatukan data mereka ke dalam satu papan pemuka masa nyata secara automatik, memberikan pandangan yang pintar dari segi jumlah kos tenaga, intensiti karbon dan penggunaan tenaga yang boleh digunakan sebagai asas untuk memperkenalkan kecekapan dan penjimatan kos secara besar-besaran.

“Pencapaian Sifar Bersih Karbon bukan sahaja bermanfaat untuk planet ini malah turut memberi kesan yang positif kepada perniagaan dan tenaga kerja. Pendigitalan proses menjimatkan masa melakukan analisis dan mengenal pasti peluang penjimatan. Mendorong batas teknologi untuk mempercepat perjalanan penyahkarbonan secara digital adalah penting untuk menyampaikan kemakmuran yang lestari serta keseimbangan yang harmoni antara manusia, planet dengan keuntungan.

“Pendekatan ini terbukti membuahkan hasil. Sebagai contoh, penyelidikan baru-baru ini daripada CBRE telah menunjukkan bahawa bangunan pejabat yang mempunyai pensijilan kelestarian memperoleh premium sewa sebanyak 6%, suatu fenomena yang dikenali sebagai ‘premium hijau’ dalam kalangan industri.”

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar demonstrasi SmartSense Discovery, sila layari www.ecolibrium.io.

Untuk hubungan media, sila hubungi: 

FTI Consulting
ecolibrium@fticonsulting.com

Tentang Ecolibrium 

Ditubuhkan pada tahun 2011 oleh usahawan bersaudara Chintan dan Harit Soni, Ecolibrium merupakan sebuah syarikat kelestarian yang dipacu teknologi yang menyediakan penyelesaian canggih agar perusahaan dapat mengenal pasti, merancang dan mengendalikan matlamat Sifar Bersih Karbon mereka.

Ecolibrium mempunyai misi untuk menyampaikan kemakmuran yang lestari kepada organisasi di seluruh dunia dengan mewujudkan keseimbangan antara manusia, planet dengan keuntungan. Dengan memanfaatkan algoritma pembelajaran mesinnya yang proprietari, penyelesaian IoT utama SmartSense Ecolibrium memberikan hasil yang boleh diukur dan menyediakan pelan hala tuju penyahkarbonan.

SmartSense memperbaiki sistem sedia ada, menghubungkan titik data untuk memberikan pandangan menyeluruh tentang kos karbon, tenaga dan operasi kepada pelanggan dengan menjadikan perkara-perkara yang dahulunya tersembunyi kini dapat dilihat. Modul pelaporan ini kemudiannya menampilkan skor ESG dan KPI kecekapan operasi serta membandingkannya dengan pencapaian yang telah ditetapkan sekali gus menghasilkan program penambahbaikan yang berterusan.

SmartSense kini sedang digunakan pada hartanah seluas 50 juta kaki persegi oleh lebih 100 buah syarikat di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ecolibrium.io

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2076179/Ecolibrium_SmartSense_Discovery.jpg

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.