Pelanggan Webe perlu ambil perhatian dan jangan terkejut apabila nama telco yang anda langgan tidak lagi tertera pada telefon pintar anda bermula dari 15 September ini. Ianya akan bertukar menjadi Unifi dan ini berdasarkan pengumuman yang telah dikeluarkan oleh pihak Webe hari ini.
Bagaimanapun, pihak Webe menegaskan bahawa syarikat berkenaan bukannya ditutup oleh syarikat induknya TM. Urusan masih lagi dijalankan seperti biasa dan tiada sebarang perubahan pada rangkaian dan pakej-pakej masih boleh dinikmati oleh pelanggan-pelanggan sedia ada.
Oleh yang demikian, pelanggan-pelanggan Webe yang ke luar negara perlu mengemaskini tetapan APN di dalam telefon pintar masing-masing untuk perayauan (roaming). Perincian berkenaan cara-cara mengemaskini tetapan berkenaan adalah seperti berikut;
Android
- Settings > More > Mobile Networks / Cellular Networks > Access Point Names ATAU Settings > Mobile Networks > Access Point Names
- Ketik pada “Edit the Access Point Names” dan tukarkan Access Point Names kepada unifi
- Biarkan sahaja ruang-ruangan lain seperti yang sedia ada dan ketik “Save” untuk menyimpan perubahan tetapan berkenaan.
- Reboot telefon pintar anda jika perlu
iOS
- Settings > Mobile Data > Mobile Data Network ATAU Settings > Cellular > Cellular Data Network
- Ketik pada ruangan Access Point Name dan tukarkannya kepada unifi
- Biarkan sahaja ruang-ruangan lain seperti yang sedia ada dan ketik “Save” untuk menyimpan perubahan tetapan berkenaan.
- Reboot telefon pintar anda jika perlu
Cara lain untuk mengubah tetapan adalah dengan cara menghantar SMS – taipkan “DATA” ke “22288”. Tiada sebarang cas penggunaan dikenakan untuk penghantaran SMS ini.
Perubahan pada tetapan ini hanya perlu dilakukan oleh pelanggan-pelanggan Webe di luar negara sahaja dan bagi pelanggan-pelanggan di dalam negara, perkhidmatan Webe masih berjalan seperti biasa.
Sumber berita diperoleh dari WEBE dan info lanjut boleh didapati di sini dan sini