Home Komputer Permainan Watch Dogs 2 dan Football Manager 2020 kini percuma di Epic Games...

Watch Dogs 2 dan Football Manager 2020 kini percuma di Epic Games Store

22
0

Epic Games Store (EGS) seperti biasa menawarkan judul permainan percuma untuk dimiliki oleh penggunanya pada setiap minggu. Kali ini EGS menawarkan Watch Dogs 2, Football Manager 2020 dan Stick to the Man.

Permainan Watch Dogs 2 pernah ditawarkan secara percuma pada Julai lalu melalui platform Uplay. Bagi anda yang mungkin terlepas peluang untuk memilikinya pada waktu tersebut, anda mungkin boleh mendapatkannya sekarang.

Bertemakan genre aksi pengembaraan, permainan ini mengisahkan seorang penggodam berbakat, Marcus Holloway berganding bahu dengan kumpulan hacktivis membanteras kebobrokan penyalahgunaan teknologi watak antagonis. Judul permainan ini bakal diteruskan kesinambungannya tidak beberapa lama lagi menerusi Watch Dogs: Legion.

Seterusnya, Football Manager 2020 dari SEGA merupakan permainan simulasi pengurusan bola sepak yang popular sejak sekian lama. Permainan ini menawarkan pilihan simulasi pasukan bola sepak dari 53 buah negara dan 118 liga-liga antarabangsa.

Akhir sekali, permainan Stick to the Man adalah permainan aksi berplatform menguji minda berlatarkan ruang adunan 2D dan 3D. Jalan penceritaan permainan ini agak aneh yang mana protagonisnya mempunyai lengan gergasi bersambungan dengan otaknya.

Ketiga-tiga permainan ini boleh didapati secara percuma dari EGS dalam minggu ini sahaja sehingga 24 September. Untuk judul permainan percuma seterusnya, EGS menawarkan RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition pada minggu hadapan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.