Sebuah firma atas talian di China menggunakan khidmat wanita sebagai ”Tukang Sorak untuk Kerja Pengaturcaraan” atau ”programming cheerleaders” (Jurusorak gred B17? Maybe?) untuk meningkatkan semangat dan motivasi para pengaturcara-pengaturcara (programmers) yang terdiri dari kalangan lelaki di syarikat berkenaan.
Menurut Tech in Asia, ”Semakin banyak syarikat-syarikat atas talian di China yang menggunakan khidmat Tukang Sorak untuk Kerja Pengaturcaraan yang bertujuan meningkatkan suasana di tempat kerja melalui sorakan oleh gadis-gadis yang cantik dan menarik. Antara senarai tugas harian yang perlu dilakukan oleh gadis-gadis ini termasuklah membelikan sarapan untuk pengaturcara, berborak santai dan juga bermain ping pong dengan pengaturcara-pengaturcara tersebut, (Internet companies across China are embracing programming cheerleaders, pretty, talented girls that help create a fun work environment. Their job includes buying programmers’ breakfast, chit chatting and playing ping-pong with them)”
Bagaimanapun, sehingga kini Trending in China masih lagi tidak menyatakan berapakah jumlah pekerja wanita yang dilantik sebagai anggota pasukan sorak ini.
Perkara-perkara sebegini tentunya mewujudkan rasa kurang senang dikalangan sebahagian wanita kerana ia dilihat seolah-olah menjadikan wanita sebagai satu objek yang fungsinya hanya sekadar penghias semata-mata. Seharusnya, di dalam masyarakat dunia yang dikatakan semakin progresif ini, taraf peranan dan tanggungjawab wanita untuk sesebuah masyarakat dianggap sudah sama taraf seperti lelaki.

Industri teknologi yang semakin berkembang pesat kini tidak dapat lari dari masalah-masalah lain di tempat kerja yang telah lama menjangkiti industri lain seperti prejudis berdasarkan warna kulit dan jantina. Melalui perkembangan terkini ini membuktikan bahawa masalah-masalah prejudis boleh wujud walaupun zaman telah berubah.
Imej cover diperoleh dari Tech in Asia
agaknya sebab rakyat china kan ramai jadi terpaksa diwujudkan pekerjaan2 pelik macam ni..heheh