Utama Mobile Android Vivo Y12 akan tiba ke Malaysia 13 Julai ini, harga dari RM599

Vivo Y12 akan tiba ke Malaysia 13 Julai ini, harga dari RM599

2175
0

Vivo Malaysia telah mengumumkan kehadiran telefon pintar model Y12 keluarannya ke pasaran tempatan tidak berapa lama lagi. Pengumuman hadir sejurus selepas pelancarannya di India dua minggu lalu.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini hadir dengan paparan HD+ 6.35-inci yang dijanakan oleh cip Mediatek Helio P22 dan antaramuka Funtouch OS 9 berasaskan Android 9 Pie. Ia juga dilengkapkan dengan RAM 3GB dan storan 32GB bersama-sama sokongan pengembangan sehingga 256GB melalui kad mikroSD.

Vivo Y12 turut menyediakan penderia cap jari pada permukaan belakangnya yang turut sama menempatkan kamera utama dengan konfigurasi tri-kamera, 13MP + 8MP + 2MP . Di hadapannya pula, telefon pintar ini menempatkan kamera swafoto 8MP pada bahagian takuknya. Melengkapkan spesifikasi, sebuah bateri berkapasiti besar, 5,000mAh disediakan bersama.

Telefon pintar ini dijadualkan akan mula memasuki Malaysia pada tarikh 13 Julai 2019 dengan harga bermula dari RM599. Variasi RAM 4GB dan storan 64GB pula bagaimanapun tidak memasuki pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.