Utama Mobile Android Samsung bakal menutup Kilang Pengeluaran Peranti Mudah Alihnya di China

Samsung bakal menutup Kilang Pengeluaran Peranti Mudah Alihnya di China

1271
0

Di dalam kehangatan perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat, gergasi elektronik dari Korea Selatan, Samsung telah merancang untuk memindahkan salah sebuah kilang pengeluarannya dari Tanah Besar China. Lanjutan dari perkembangan ini, syarikat berkenaan dilaporkan telah memulakan pemberhentian pekerja-pekerjanya di kilang terbabit.

Menurut sebuah laporan dari media China, rancangan pemberhentian berkenaan telah dimulakan sejak dari Mac lalu apabila Samsung telah berhenti membuat pengambilan pekerja baru. Ura-ura mengatakan kilang di Huizhou bakal ditutup sepenuhnya menjelang September ini.

Kilang pengeluaran Samsung yang terletak di dalam Wilayah Huicheng di China mula beroperasi sejak 1992. Ini merupakan kilang kedua Samsung yang dihentikan operasinya di China selepas penutupan kilang di Tianjin pada tahun lalu.

Tindakan Samsung memindah keluar kilangnya dari China berkemungkinan besar disebabkan oleh peningkatan kadar tarif yang dikenakan oleh A.S. Pada bulan ini, pentadbiran Presiden Trump telah meletakkan tarif sehingga sekurang-kurangnya 19% terhadap import barangan elektronik dari China.

Kebanyakan syarikat-syarikat dan jenama-jenama besar dari Amerika Syarikat membantah kenaikan tarif ini kerana menjejaskan pendapatan mereka. Selain Samsung, Apple juga telah membuat keputusan untuk memindahkan kilang pengeluarannya dari China.

Sumber berita diperoleh dari GizChina

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.