Utama Perkakasan USB 4 Versi 2.0 mampu tingkatkan Kelajuan Lebar Jalur sehingga 80Gbps

USB 4 Versi 2.0 mampu tingkatkan Kelajuan Lebar Jalur sehingga 80Gbps

336
0

Mac 2019 yang lalu, USB-IF telah mendedahkan spesifikasi untuk USB 4 yang mampu melonjakkan kelajuan pemindahan data sehingga 40Gbps. Kini, satu kemaskini besar telah diumumkan yang hadir dalam bentuk USB 4 Versi 2.0 yang mampu melonjakkan lebar jalur data ke tahap yang lebih tinggi.

Standard baharu ini mampu menyokong pemindahan data sehingga 80Gbps dan seterusnya menjadikan ia dua kali ganda berbanding standard sebelumnya.

USB 4 Versi 2.0 ini juga mempunyai sokongan ke belakang (backward compatibility) dengan kabel USB 4 lama. Justeru, membolehkan kabel-kabel lama juga mampu memanfaatkn kelebihan lebar jalur data dua kali gandanya.

Berdasarkan pengumuman tersebut, standard baharu ini berdasarkan senibina lapisan fizikal baharu menggunakan kabel pasif USB Type-C 40Gbps sedia ada dan kabel aktif USB Type-C 80Gbps baharu.

Media The Verge memetik jurucakap USB-IF Joe Balich memaklumkan pengguna boleh menggunakan terus kabel USB-C 40Gbps sedia ada untuk memanfaatkan sokongan pemindahan data 80Gbps jika standard baharu ini diperkenalkan secara rasmi kelak.

Selain sokongan pemindahan data yang besar, USB 4 Versi 2.0 ini juga meningkatkan prestasi USB 3.2 melalui kemaskini terbaru tersebut dengan meningkatkan kelajuan pemindahan data sehingga 20Gbps. Kemaskini baharu ini juga membawakan sokongan yang ditambahbaik untuk DisplayPort dan PCIe.

Pengumuman rasmi spesifikasi penuh kemaskini USB 4 Versi 2.0 akan diterbitkan secara rasmi pada November ini dan akan diperkenalkan kepada pembangun terlebih dahulu. Pengguna umum pula dijangka akan lewat sedikit untuk menerima menerima kemaskini baharu untuk standard USB baharu tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.