Utama Internet Unifi Basic diumumkan secara rasmi – RM79 sebulan untuk 30Mbps, kuota 60GB

Unifi Basic diumumkan secara rasmi – RM79 sebulan untuk 30Mbps, kuota 60GB

1965
0

Sebagaimana yang telah dijanjikan, TM hari ini secara rasminya telah mengesahkan maklumat terperinci berkenaan pelan-pelan terbaru Unifi, termasuk pelan asas Unifi Basic – yang menawarkan pakej kelajuan internet 30Mbps dengan kuota 60GB pada kadar RM79 sebulan.

Jika dibandingkan dengan pelan-pelan Unifi biasa yang lain, pelan asas Unifi ini hanya menawarkan pakej internet sahaja tanpa produk-produk lain seperti Unifi TV dan telefon IP. Selain itu, bagi pengguna yang telah menghabiskan keseluruhan kuota 60GB sebulan, pengguna boleh memohon pas tambahan jika ingin lebih data.

Disasarkan khusus untuk golongan isi rumah bawah RM4,500, permohonan untuk mendaftar pelan ini boleh dibuat melalui laman rasmi Unifi. Pelanggan yang berminat boleh melakukan pra-tempahan bermula 15 Julai ini sebelum ianya hadir secara rasminya pada 15 Ogos 2018.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.