Utama Mobile Pasca bayar U Mobile Unlimited Hero P78 tawar data internet tanpa had...

Pasca bayar U Mobile Unlimited Hero P78 tawar data internet tanpa had pada kadar RM78/sebulan

810
0

U Mobile kini menawarkan pakej pelan pasca bayar dengan penggunaan data internet tanpa had pada kadar harga mampu milik. Selain dari tawaran penggunaan data internet tanpa had, pelan pasca bayar Unlimited Hero P78 turut menawarkan Call-Onz, yang menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian telco.

Sebagaimana namanya diberi, U Mobile Unlimited Hero P78 hadir pada komitmen bulanan RM78. Secara tidak langsung, menjadikannya murah sedikit berbanding pakej pelan tanpa had lain seperti Digi Postpaid 80 dan Pasca Bayar Webe yang masing-masing pada harga RM80 dan RM79 sebulan.

Selain itu, pelan U Mobile Unlimited Hero P78 turut menyediakan percuma 10GB tethering ke peranti-peranti lain. Bagaimanapun, kelajuannya dihadkan pada 5Mbps sahaja dan ia juga merupakan kelajuan purata sambungan pelan berkenaan.

Pelanggan juga turut berpeluang menerima penggunaan Video-Onz tanpa had dengan resolusi maksimum dihadkan pada 480p. Tidak ketinggalan, pakej pelan pasca bayar ini turut menawarkan Roam-Onz yang menyediakan 5GB data internet berkelajuan tinggi percuma apabila pengguna roaming di 12 buah negara yang terpilih seperti; Australia, Bangladesh, Kemboja, Hong Kong, India, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

Satu je yang tak unlimited dalam pakej ni, SMS. Penghantaran SMS akan dikenakan cas mengikut kadar penggunaan pada 3 sen untuk setiap SMS ke talian U Mobile dan 8 sen ke talian telco lain.

Pasca bayar U Mobile Unlimited Hero P78 ini boleh di dapati untuk semua pelanggan U Mobile, baru dan lama, bermula dari 16 Mei ini untuk tempoh yang terhad. U Mobile tidak menyatakan sampai bila pakej tanpa had ini akan ditawarkan kepada penggunanya.

Sumber berita diperoleh dari Soya Cincau

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.