Utama Mobile Pelan TuneTalk +Vibe tawarkan data 13GB dan panggilan tanpa had pada RM50...

Pelan TuneTalk +Vibe tawarkan data 13GB dan panggilan tanpa had pada RM50 sebulan

1742
0

TuneTalk telah memperkenalkan pelan prabayar data bulanan terbaru, +Vibe yang menawarkan data berkelajuan tinggi yang lebih besar. Pelan prabayar ini lebih murah jika dibandingkan dengan pelan prabayar sedia ada Datatata dan menawarkan penggunaan data berkelajuan tinggi sehingga 13GB serta panggilan tanpa had percuma ke nombor-nombor talian TuneTalk.

Terdapat 3 pilihan data bulanan yang tersedia. Pelan paling asas, +Vibe 15 menawarkan data 2GB dan airtime RM5 dengan kadar RM15 sebulan. Seterusnya, untuk pakej RM30 sebulan, pelan +Vibe 30 hadir dengan data 6GB berserta airtime RM5.

Bagi anda yang ‘kuat makan’ data , pelan yang tertinggi +Vibe 50 dengan kadar RM50 sebulan hadir dengan data 13GB. Ia juga menawarkan airtime RM5 sama seperti pelan-pelan yang dinyatakan diatas, namun kelebihannya ia menawarkan panggilan tanpa had ke semua nombor-nombor pengguna Tune Talk. Walaubagaimanapun, selepas data anda habis digunakan, TuneTalk akan mengenakan bayaran mengikut kadar penggunaan pada 2 sen untuk setiap MB.

Sebagai perbandingan, Pelan Datata menawarkan pilihan 4GB data pada RM28 sebulan dan 8GB data pada RM48 sebulan. Selain itu, pengguna turut ditawarkan data tambahan 1GB apabila melakukan tambah nilai RM30 dan 2GB data tambahan apabila membuat tambah nilai RM50.

Pelan-pelan +Vibe boleh didapati secara eksklusif secara atas talian dan berbeza denga pelan-pelan data biasa yang lain. Pelan-pelan +Vibe oleh dilanggan secara terus melalui kad kredit atau kad debit pengguna dan boleh diperbaharui secara automatik pada bulan-bulan berikutnya. Cara pembayaran ini mirip dengan cara bayaran pelan pasca bayar dengan debit auto, cuma bezanya pengguna perlu membayar terlebih dahulu sebelum bil.

Ketiga-tiga pelan +Vibe hadir dengan 30 hari tempoh sah airtime. Jadi, jika penggunaan data anda kurang daripada 2GB, anda hanya perlu mengaktifkan + Vibe 15 (RM15) bagi mengekalkan tempoh aktif selama 30 hari.

Harus diingat, pelan-pelan +Vibe yang baru ini tidak boleh digunakan oleh pelanggan-pelanggan Tone Excel, Tone Plus dan juga Felda Mobile.

Untuk maklumat lanjut dan pengaktifan pelan ini, anda boleh layari halaman ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.