Utama Mobile RedONE tawar penambahan Panggilan Tanpa Had dalam pakej Amazing48 untuk RM10 sebulan

RedONE tawar penambahan Panggilan Tanpa Had dalam pakej Amazing48 untuk RM10 sebulan

1854
2

RedONE telah memperkenalkan pelan penambahan baharu yang dikenali sebagai RedCALL. Ia dikhususkan untuk pakej Amazing48 dan menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan hanya perlu menambah sebanyak RM10 sebulan.

Ini bermakna pakej ini telah menjadi sebanyak RM58 sebulan bagi pengguna yang berkeperluan membuat panggilan tanpa had. Melalui pakej pascabayar ini, pengguna ditawarkan penggunaan data 4G LTE sebanyak 10GB, 10GB internet asas. Kadar penggunaan SMS adalah sebanyak RM0.05 setiap SMS ke nombor-nombor redONE dan RM0.10 setiap SMS ke nombor-nombor rangkaian lain.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penambahan RedCALL ini hanya boleh didapati pada pakej Amazing48 dan pakej Device Bundle 48 sahaja. Ia hanya ditawarkan untuk tempoh yang terhad sehingga 31 Disember 2017.

Bagi anda yang sudah melanggan pakej Amazing48 ini, anda hanya perlu mendaftar dengan menghantar SMS <ON redCALL> ke 23388, atau dengan menghubungi 1909. Oleh sebab ia merupakan perkhidmatan tambahan, pengguna boleh membatalkannya pada bila-bila masa dengan menghubungi 1909.

Bagaimanapun, panggilan ‘tanpa had’ ini hanya dihadkan pada 100 jam sahaja untuk setiap bulan dan jika pengguna telah melebihi had berkenaan, kadar yang akan dikenakan adalah RM0.15 seminit sehingga bulan berkenaan berakhir.

Sumber berita diperoleh dari RedONE

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.