Utama Komputer Intel Samsung memintas Intel sebagai Pengeluar Semikonduktor terbesar Dunia

Samsung memintas Intel sebagai Pengeluar Semikonduktor terbesar Dunia

1041
0

Intel tidak lama lagi dijangka akan dipinggirkan dari takhta pengeluar semikonduktor terbesar di dunia – sesuatu yang tidak pernah terfikir akan berlaku sepanjang 26 tahun yang lalu. Samsung Electronics dijangka bakal mengatasi Intel dalam perniagaan semikonduktor berdasarkan faktor pendapatan suku tahunan semasa. Hal ini disebabkan oleh peningkatan permintaan untuk cip memori dari gergasi elektronik Korea Selatan ini.

Bagi anda yang masih belum tahu, Samsung bukan setakat menghasilkan telefon pintar semata-mata, ia juga membekalkan wafer-wafer DRAM dan juga NAND – bahan-bahan seperti ini digunakan pada perkakasan storan seperti SSD. Sebagaimana yang kita sedia maklum, permintaan untuk cip-cip memori sentiasa meningkat, oleh itu tidak hairan jika Samsung mampu menjana keuntungan dari pengeluaran semikonduktor ini.

Intel pula, bagaimanapun tidak mengeluarkan DRAM dan hanya menghasilkan memori NAND yang digunakan pada SSD Optane. Oleh yang demikian, Intel masih lagi dianggap sebagai menjadi pemain kecil untuk pasaran memori flash. Satu lagi faktor yang memberikan Samsung kelebihan adalah ia bukan sekadar menghasilkan produk-produk untuk telefon pintar, malah untuk PC juga. Manakala Intel pula, ia sentiasa kebanyakannya mensasarkan pada pasaran PC.

Penganalisis Pelaburan & Sekuriti NH, Peter Lee, menyatakan bahawa “Dari suku tahun kedua, Samsung bakal menjadi No. 1 di dalam pasaran disebabkan oleh peningkatan bilangan pusat-pusat data dan permintaan untuk pemacu solid-state,” Gergasi elektronik Korea Selatan ini juga dijangka bakal mencatatkan keuntungan operasi sebanyak $11.4 bilion untuk tempoh sepanjang April hingga Jun. Ini bermaksud peningkatan sebanyak kira-kira 67% berbanding pendapatan tahun lepas.

Pun begitu, keadaan masih dilihat terlalu awal dan mungkin Intel mempunyai perancangannya yang tersendiri untuk kembali menguasai pasaran semikonduktor dunia. Buat masa ini, nampak gayanya Samsung adalah raja pengeluar semikonduktor dunia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.