Home Mobile Aplikasi Cara mendapatkan Data Internet 1GB Percuma PENJANA Setiap Hari

Cara mendapatkan Data Internet 1GB Percuma PENJANA Setiap Hari

46
0

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pemberian data internet 1GB percuma setiap hari bermula dari 10 Jun sehingga 31 Disember melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Pemberian yang diumumkan pada Jumaat lalu ini dikhususkan untuk tujuan penggunaan pembelajaran dan produktiviti sahaja.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020, kerajaan telah memperkenalkan pemberian data internet 1GB percuma setiap hari. Pemberian ini bertujuan menggalakkan orang ramai supaya duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Data percuma 1GB setiap hari di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) ini bagaimanapun mempunyai beberapa kelainan berbanding pemberian terdahulu.

Cara mendapatkan Data Internet 1GB Percuma PENJANA

Pemberian data interenet percuma 1GB di bawah program PENJANA ini melibatkan usahasama dari syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara termasuk Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Unifi Mobile, Yoodo, dan TuneTalk .

Maxis

Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menebus data internet 1GB percuma menerusi aplikasi mudah alih masing-masing menerusi MyMaxis dan Hotlink RED.

  • Buka aplikasi MyMaxis – Pergi ke “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” menerusi “Time Based Pass”
  • Buka aplikasi MyMaxis Biz – Pergi ke “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” menerusi “Time Based Pass”
  • Buka aplikasi Hotlink RED – Pergi ke halaman utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Pengguna boleh juga mengaktifkan data percuma ini menerusi  tab ‘Shop’
  • Buka aplikasi Hotlink Flex > Pergi ke Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” menerusi Time Based Pass

Penebusan data percuma 1GB ini juga boleh dibuat dengan mendail 100# untuk pengguna Maxis atau 868# untuk pengguna Hotlink

Celcom, Xpax dan Yoodo

Pengguna Celcom boleh mendapatkan pemberian data internet 1GB harian  secara percuma menerusi MyDeal di dalam aplikasi Celcom Life

Terdahulu, pengguna Celcom termasuk pengguna pelan pascabayar dan XPAX (prabayar) dan Yoodo, boleh mendapatkan data percuma 1GB secara automatik tanpa perlu melalui aplikasi atau SMS.

Digi

Pemberian data internet percuma 1GB ini boleh didapati menerusi aplikasi MyDigi khusus untuk pengguna Digi. Tuntutan hanya perlu dibuat sekali sahaja dan pengguna boleh terus menikmati pemberian ini pada setiap hari.

Pengguna pascabayar Digi boleh mendapatkannya menerusi aplikasi mudah alih MyDigi pada halaman ‘Rewards’. Bagi pengguna prabayar Digi pula, tuntutan data internet percuma 1GB ini boleh dibuat dengan mendail 128.

U Mobile

Untuk pengguna U Mobile pula, pemberian data internet percuma 1GB ini dibuat secara automatik dengan hanya perlu mendail nombor berikut untuk pengaktifan sekali sahaja:

  • *118*6*7# bagi pengguna prabayar
  • *118*7*6# bagi pengguna pascabayar

Pengguna pelan U Mobile WeChat Go bagaimanapun, tidak boleh menggunakan data internet percuma 1GB pemberian kerajaan ini.

TuneTalk

Hampir sama dengan pengguna U Mobile, penggua Tunetalk juga perlu melakukan pengaktifan sekali sahaja untuk menikmati data internet percuma 1GB setiap hari ini.

Apa yang pengguna TunTalk perlu lakukan adalah menghantarkan SMS STAYHOME ke nombor 2222 dan tunggu notifikasi pengaktifan.

Unifi Mobile

Pengguna Unifi Mobile boleh terus menikmati data internet percuma 1GB ini tanpa perlu melakukan pengaktifan.

OneXOX

Untuk pelanggan OneXOX pula, anda boleh menikmati data internet percuma 1GB ini membuat pengaktifan melalui aplikasi ONEXOX Black atau dengan mendail *150#.

Aplikasi yang tidak boleh menggunakan Data Percuma 1GB PENJANA

Pelan PENJANA ini tidak boleh digunakan untuk aplikasi media sosial, penstriman video, penstriman muzik dan permainan. Pemberian ini adalah berbeza dengan pemberian data percuma 1GB ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan tidak berapa lama dahulu.

Lima syarikat telekomunikasi yang terlibat, CelcomDigiMaxis, TM Unifi dan U Mobile telah mengeluarkan senarai 40 aplikasi yang tidak boleh menikmati pelan data 1GB berkenaan.

Permainan mudah alih

  • Arena of Valor
  • Call of Duty
  • Free Fire
  • King of Duty
  • Legend of Runeterra
  • Life After
  • Lords Mobile
  • Mobile Legends
  • PUBG Mobile
  • Rise of Kingdoms

Penstriman Muzik

  • Apple Music
  • Shazam
  • Smule
  • JOOX
  • Sound Cloud
  • Syok
  • Spotify
  • WeSing
  • QQ Music
  • YouTube Music

Media Sosial

  • Bigo
  • Facebook
  • Instagram
  • Snapchat
  • Telegram
  • Tik Tok
  • Tumblr
  • Twitter
  • We Chat
  • YY

Penstriman Video

  • Bigo
  • Dailymotion
  • FB Live
  • IGTV
  • JOOX
  • Netflix
  • Tik Tok
  • Viu
  • YouTube
  • YY

Setakat ini, aplikasi dan perkhidmatan pembelajaran atas talian, produktiviti dan persidangan video seperti Classruum, Udemy, SunagoLearn, Microsoft Office 365 dan Zoom penggunaannya boleh digunakan secara tanpa had kuota.

Turut menerima akses tanpa had adalah aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace. Aplikasi-aplikasi ini penting bagi menyokong usaha kerajaan menentang penularan wabak Covid-19.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.