Celcom telah memaklumkan kepada para pelanggannya di Semenanjung Malaysia mengenai gangguan yang melibatkan aktiviti melayari web dan pada sesetengah aplikasi.
Pengumuman yang dibuat sekitar jam 5.45 petang tadi menerusi Facebook dan Twitter ini bagaimanapun tidak menyatakan punca gangguan tersebut.
Kerja baik pulih rangkaian ini dijangka akan selesai sekitar jam 6 pagi esok.
Customers in parts of Peninsular Malaysia may find their browsing and some data services experience affected. Our technical team is working to resolve this issue and services are expected to return to normal by 6:00am tomorrow, 8 May 2020.
— Celcom Axiata #StayIn (@Celcom) May 7, 2020
Perkhidmatan lain yang menggunakan infrastruktur Celcom seperti TuneTalk dan Yoodo turut mengalami masalah yang sama. Pemakluman telah disediakan oleh penyedia perkhidmatan melalui media sosial masing-masing.
Customers in parts of Peninsular Malaysia may find their browsing and some data services experience affected. Our technical team is working to resolve this issue and services are expected to return to normal by 6:00am tomorrow, 8 May 2020
— Yoodo (@yoodoMY) May 7, 2020
Tune Talkers in Peninsular Malaysia, please take note of the following info from our network provider. We apologize for the inconvenience caused 🙏 https://t.co/hyDbBz5PX2
— Tune Talk (@TuneTalk) May 7, 2020
Gangguan ini menyebabkan pengguna tidak dapat melayari laman-laman web dan sesetengah aplikasi seperti gedung aplikasi. Sebahagian pengguna mendapati aktiviti melayari media sosial dan menonton Youtube tidak mengalami sebarang masalah.
Pihak Celcom buat masa ini masih belum memperincikan berkenaan masalah ini secara rasmi.