Utama Microsoft Cara tukar fail berformat PDF ke Word menggunakan Microsoft Word

Cara tukar fail berformat PDF ke Word menggunakan Microsoft Word

1554
0

Fail-fail berformat PDF seringkali digunakan untuk agihan dokumen kerana formatnya yang sentiasa konsisten walaupun sudah dikongsikan berulang-ulang kali. Rekaannya yang sebegitu turut menjadi sebab mengapa ianya sukar untuk disunting semula.

Anda mungkin perlu mengubahkannya ke format lain seperti .docx (Word) bagi membolehkan ianya disunting. Beberapa kaedah boleh dilakukan untuk mengubahkan fail PDF ke Word.

Antara kaedah mudah yang boleh dilakukan adalah melalui perisian Microsoft Word.

Mengubah fail PDF ke Word menggunakan perisian Microsoft Word

Klik “File” pada ribbon sebelah atas Word.

Di sebelah sidebar yang dibuka, klik pada butang “Open”

Pada halaman Open, telusuri pada mana-mana lokasi anda menyimpan fail PDF anda.

Carikan dan pilih fail PDF anda, seterusnya klik pada butang “Open”.

Pop-up notifikasi akan muncul menyatakan dokumen anda mungkin kehilangan rupa format asalnya selepas menukarkannya dari PDF ke Word. Klik sahaja OK kerana fail PDF anda yang asal tidak akan diusik dan seterusnya sebuah fail Word yang baru diwujudkan berdasarkan fail asal PDF anda tadi.

Format lari

Secara keseluruhannya, kaedah ini lebih sesuai untuk mengubah fail-fail PDF yang ringkas. Fail-fail yang kompleks dibimbangi boleh berubah dari format asalnya seperti di dalam PDF.

Pun begitu, kaedah ini setidaknya dapat meringankan sedikit beban tugas berkaitan seperti mewujudkan semula fail yang sama atau menaipkannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.