Home Microsoft Kemaskini Windows 10 October 2020 kini sedia; Tampil dengan Start Menu ...

Kemaskini Windows 10 October 2020 kini sedia; Tampil dengan Start Menu baharu

29
1

Microsoft baru-baru ini telah menerbitkan kemaskini Windows 10 October 2020 semalam. Kemaskini bukanlah sebuah kemaskini utama, namun ianya memperkenalkan satu pembaharuan yang menarik.

Antara yang menarik untuk diketengahkan adalah Start Menu baharu dan juga perubahan pada kefungsian kekunci gabungan ‘Alt + Tab’.

Perubahan terbaru pada Start Menu adalah pada warna latar ikon aplikasi yang lebih menawan. Sebelum ini Windows 10 menggunakan warna latar berwarna ‘keras’. Secara keseluruhannya, fungsi Start Menu masih lagi kekal sama walaupun berlaku perubahan pada ciri rekaannya.

Untuk fungsi Alt+Tab pula, perubahan ini dapat dirasakan bagi pengguna yang kerap menggunakan Microsoft Edge. Sebelum kemaskini ini, fungsi Alt+Tab membolehkan pengguna bertukar-tukar tab-tab yang dibuka pada pelayar Microsoft Edge. Melalui pembaharuan yang diperkenalkan ini, pengguna boleh mematikan fungsi ini jika ingin kekal dengan fungsi Alt+Tab untuk beralih ke tetingkap aplikasi lain.

Tidak ketinggalan, kemaskini Windows 10 October 2020 turut membenarkan pengguna untuk mengubah kadar segar semula paparan melalui menu ‘Settings’. Pengguna kini tidak lagi perlu pergi ke aplikasi khusus kad grafik untuk mengubah tetapan berkenaan.

Sungguhpun kemaskini tersebut telah diterbitkan semalam, tidak semua pengguna dapat memuat turunnya pada kadar segera. Pihak Microsoft mengehadkan penerbitannya dalam tempoh beberapa minggu ini bagi membolehkan pengguna-pengguna dapat memuat turunnya dengan lancar.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft

1 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.