Utama Android Huawei Honor Play 4 akan hadir dengan Fungsi Sensor Pengesan Haba Inframerah

Honor Play 4 akan hadir dengan Fungsi Sensor Pengesan Haba Inframerah

862
0

Telefon pintar keluaran Honor yang akan datang, Honor Play 4 dinyatakan akan dilengkapi fungsi sensor pengesan haba inframerah. Perkara ini dimaklumkan menerusi sebuah video demonstrasi yang dimuat naik oleh Honor di Weibo.

Honor Play 4 dijadual akan dilancarkan di China pada esok hari bersamaan 3 Jun 2020. Fungsi sensor pengesan haba khusus untuk tubuh manusia ini merupakan yang pertama dilengkapkan pada telefon pintar.

Sebelum ini fungsi pengesan haba persekitaran telah dilengkapkan pada sesetengah telefon pintar yang dipelopori oleh Samsung Galaxy S4.

Inovasi baharu ini dapat dimanfaatkan dalam keadaan dunia berhadapan dengan wabak pandemik COVID-19 ketika ini. Oleh itu, pengguna boleh mendapatkan bacaan suhu badan dengan lebih mudah melalui telefon pintar masing-masing.

Anda boleh melihat demonstrasi penggunaan fungsi ini menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna YouTube, MasterPC Plus.

Maklumat lanjut mengenai Honor Play 4 dijangka bakal dimaklumkan dengan lebih terperinci selepas pelancarannya yang dijadualkan berlangsung esok.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.