Platform penstriman digital tempatan, Tonton, terus memperkukuh kedudukannya dalam arena e-sukan negara dengan menawarkan ganjaran menarik seperti 4,450 Diamonds dan Skin Chests eksklusif kepada peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).
Tawaran istimewa ini dibawakan menerusi kempen “Tonton & Menang: MPL MY S17” yang sedang rancak berlangsung bermula 29 April hingga 7 Jun 2026.
Kerjasama strategik antara pihak Tonton dan pembangun permainan, Moonton, membolehkan platform berkenaan membawakan penstriman eksklusif Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim ke-17 buat peminat di seluruh negara.
Inisiatif baharu ini bukan sahaja memberi akses yang meluas kepada aksi kompetitif bertaraf profesional, malah meletakkan platform penstriman tersebut sebagai destinasi utama bagi komuniti MLBB tempatan.
Sebagai nilai tambah kepada pengalaman menonton, kempen ini memperkenalkan sistem mata (points) berasaskan jumlah jam tontonan melalui papan pendahulu (leaderboard).
Penonton berpeluang meraih hadiah lumayan barangan dalam permainan (in-game items) sambil menikmati siaran langsung perlawanan tanpa gangguan pada setiap hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
Cara penyertaan
Berikut merupakan langkah-langkah mudah bagi menyertai kempen tonton dan menang ini:
- Imbas kod QR pada poster promosi atau layari laman sesawang mikro rasmi kempen MPL Malaysia di Tonton.
- Mendaftar akaun baharu atau log masuk ke akaun platform Tonton sedia ada.
- Mula menonton perlawanan MPL Malaysia Musim ke-17 di saluran Live TV untuk mengumpul mata.
- Penyertaan adalah secara automatik sebaik sahaja sesi penstriman bermula.
- Pemenang akan dinilai berdasarkan rekod jumlah jam tontonan tertinggi yang berjaya dikumpul dalam tempoh seminggu.
- Pihak platform akan menghubungi para pemenang yang tersenarai secara terus bagi melancarkan proses pengkreditan hadiah ke dalam aplikasi permainan MLBB mereka.
Pengenalan kempen interaktif ini dijangka dapat meningkatkan penglibatan pengguna sekali gus memacu pertumbuhan kukuh platform penstriman nombor satu di Malaysia itu.
Peminat e-sukan kini mempunyai platform strim pilihan yang menawarkan nilai tambah yang sangat diidamkan oleh para pemain.
Sebarang perkembangan terkini mengenai program dan kandungan eksklusif ini boleh diikuti melalui laman media sosial rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok, dan Instagram.









