Utama Komputer Surface Pro 4 hadir dengan Intel Skylake – 50 peratus lebih pantas...

Surface Pro 4 hadir dengan Intel Skylake – 50 peratus lebih pantas dari MacBook Air

679
0

Microsoft umumkan Surface Pro 4, tablet yang dilengkapi dengan Windows 10 dan pemprosesan Intel Core generasi keenam, Skylake. Syarikat pengeluar sistem operasi ini turut mendakwa bahawa ianya 30 peratus lebih pantas berbanding versinya yang terdahulu. Malah, ia juga didakwa 50 peratus lebih pantas dari MacBook Air.

Dari sudut spesifikasi, Microsoft Surface Pro 4 menampilkan Intel Core i7 generasi keenam Skylake, 16 GB RAM dan storan sehingga 1 TB. Saiz paparannya dipertingkatkan dari 12 inci kepada 12.3 inci. Beza 0.3 inci sahaja dan mungkin sesetengah pengguna tidak perasan tentang perbezaan tersebut.

Tablet ini turut menggunakan  teknologi Pixelsense dari Microsoft berserta cipset G5 yang berperanan melengkapi penggunaan stylus khusus tablet tersebut, Surface Pen. Penggunaan pena stylus dilihat seperti diberikan keutamaan pada Surface Pro 4 kali ini. Pena stylus Surface Pen turut hadir dengan variasi lima warna yang boleh dijadikan pilihan buat pengguna.

Terdapat pemadam pada penghujung Surface Pen yang digunakan untuk memadam sebarang catatan yang dibuat menggunakan Surface Pen pada tablet tersebut. Selain itu, fungsi Cortana turut diintegrasikan dengan pena tersebut dan boleh diaktifkan dengan memegang punat dan kemudian bercakap dengan pembantu AI berkenaan.

Apa yang agak mengecewakan tentang Surface Pen ini adalah Microsoft tidak menyediakan ruang yang bersesuaian untuk pengguna menyimpan stylus tersebut. Buat masa ini, pengguna Surface Pro 4 boleh melekapkan stylus berkenaan pada tablet secara magnetik.Surface Pro 4

Akhir sekali, Surface Pro 4 turut hadir dengan aksesori tambahan Surface Dock yang boleh dibeli secara berasingan. Hub ini mengandungi banyak labuhan untuk penyambungan seperti empat labuhan USB 3.0 dan juga labuhan paparan yang mampu menyokong output video 4K.

Microsoft Surface Pro 4 boleh dibuat pra-tempahan bermula hari ini pada harga permulaan dari $899 dan akan mula menemui pengguna pada 26 Oktober.

Sumber berita diperoleh dari Tech Radar

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.