Utama Mobile Aplikasi Paparan Status i-Sinar Online alami masalah teknikal; KWSP Mohon Maaf

Paparan Status i-Sinar Online alami masalah teknikal; KWSP Mohon Maaf

611
0

Paparan status i-Sinar Online dilaporkan sedang mengalami masalah teknikal sejak dari malam tadi. Masalah berkenaan menyebabkan orang ramai menerima notifikasi yang menyatakan permohonan telah diluluskan dan bayaran akan diterima sebelum 30 Januari 2021.

Pihak KWSP telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf berhubung perkara ini. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kesilapan ini melibatkan tarikh sahaja atau turut melibatkan kelulusannya.

Para pencarum turut dinasihatkan oleh KWSP untuk menyemak semula status permohonan pada 8 Februari 2021 bermulan jam 8.00 pagi tadi. Kenyataan ini dikongsikan melalui laman rasmi media sosial KWSP di Facebook, Instagram dan Twitter.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna yang membuat semakan kembali pagi ini mendapati status berkenaan telah berubah. Paparan permohonan mereka telah berubah kepada masih dalam proses.

Anda boleh membuat semakan permohonan KWSP i-Sinar Online di pautan ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.