Utama Perkhidmatan Pembangunan VAS Mudah Alih melalui Inovasi Digital dan Teknologi

Pembangunan VAS Mudah Alih melalui Inovasi Digital dan Teknologi

526
0

Kemunculan internet dan telefon pintar menjadikan perkhidmatan Tambah Nilai Mudah Alih (MVAS) sebahagian daripada kehidupan masyarakat. Ia merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan bukan teras yang ditawarkan oleh pengendali-pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bertujuan untuk menambahbaik pengalaman pelanggan serta meningkatkan taraf perkhidmatan komunikasi asas semasa.

Inovasi Digital dan VAS

Berpengalaman sebagai pegawai pemasaran kira-kira sepuluh tahun dalam industri VAS di rantau Asia, saya dapat menyaksikan kemajuan dalam inovasi digital yang mengubah segalanya. Pengendali VAS mudah alih kini boleh menggunakan analisis data, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan kandungan mengikut kumpulan sasaran dengan adanya perkhidmatan serta aplikasi baharu. Hal ini demikian membolehkan para pengendali mudah alih menerapkan pelbagai model perniagaan dan membuka aliran pendapatan baharu tiada terhadnya, mewujudkan kerjasama dan kolaborasi.

Pembangunan aplikasi telefon pintar menjadi tumpuan perkembangan industri VAS mudah alih sejak lebih sepuluh tahun lalu. Transformasi ini berjaya merevolusikan cara masyarakat berinteraksi melalui telefon pintar, dan sekaligus mencipta peluang baharu kepada perusahaan-perusahaan untuk menyediakan perkhidmatan serta aplikasi yang direka khas bagi setiap pengguna. Selain itu, inovasi pembayaran mudah alih turut menjadi tumpuan ramai dan telah memberi impak yang signifikan kepada industri VAS mudah alih, dengan menyediakan akses yang lebih mudah kepada pelanggan saat menggunakan perkhidmatan pembayaran mudah alih.

VAS Mudah Alih dalam Asia Tenggara

Peningkatan golongan muda yang celik teknologi di Asia Tenggara telah mencetuskan pasaran yang luas dan berkembang pesat dalam industri VAS mudah alih. Kadar penembusan telefon pintar yang tinggi turut meraih banyak permintaan dalam perkhidmatan komunikasi serta jumlah pelanggan mudah alih. Aliran pelaburan dan inovasi yang mampan dalam memenuhi keperluan konsumer ekoran daripada peningkatan para pengguna yang menjadikan telefon pintar sebagai alat hiburan, pendidikan dan kerja jarak jauh.

Pengendali perkhidmatan komunikasi haruslah peka terhadap pasaran VAS mudah alih di Asia Tenggara, disebabkan jangkaan perkembangan pasaran serantau serta penambahbaikan capaian internet dan telefon pintar.

Masa Depan VAS Mudah Alih

Perkhidmatan interaktif dan kepelbagaian seperti sumber digital, perkhidmatan pemasaran digital, pembayaran mudah alih serta sistem pesanan turut wujud dalam dunia masa kini. Sepanjang saya berada di dalam industri ini, ia memberi saya kefahaman terhadap permintaan oleh pengguna dalam meningkatkan pengalaman dan produktiviti serta penambahbaikan dalam akses terhadap maklumat dan perkhidmatan tersebut.

Penggunaan telefon pintar dan kadar internet secara berleluasa membantu menyumbang kepada masa depan yang cerah dan relevan bagi VAS mudah alih. Menurut laporan Ericsson Mobility yang terkini, Asia Tenggara serta Oceania menjadi peneraju trafik data bagi setiap telefon pintar secara global dan dianggarkan bahawa langganan 5G akan meningkat sebanyak 4.4 bilion menjelang tahun 2027.

Kemajuan rangkaian 5G serta pencapaian dalam kecerdasan buatan (AI) dan Internet Benda (IoT), akan membuka peluang baharu bagi penyedia-penyedia VAS mudah alih untuk membangunkan dan menawarkan perkhidmatan inovatif.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.