Diumumkan pertama kali pada Oktober lalu, Sony kini bersedia untuk melancarkan Xperia Pro-I di pasaran Malaysia. Pra-tempahan juga kini sudah dibuka sejak dari semalam.
Dilengkapkan dengan Snapdragon 888, RAM 12GB dan storan 512GB, Xperia Pro-I akan dilancarkan di Malaysia pada harga RM7,199.
Anda yang membuat pra-tempahan bagi telefon pintar baharu Sony ini akan menerima kad mikroSD 256GB bersama-sama bekas dan pelindung skrin.
Pra-tempahan Xperia Pro-I turut ditawarkan dengan pembelian-atas-pembelian yang menyediakan XQZ-IV01 Vlog Monitor pada harga RM519 sahaja. Aksesori berkenaan pada asalnya dijual dengan harga RM1,040.
Bagi anda yang ingin memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Xperia Pro-I, anda boleh mendapatkan Complete Creator’s Kit.
Kit ini mengandungi Monitor, GP-VPT2BT Shooting Grip dengan Wireless Remote Commander, dan Mikrosoft Lavalier Stereo ECM-LV1 pada harga RM829. Jika dibeli secara berasingan, Complete Creator’s Kit ini berharga RM1,668.
Pra-tempahan Sony Xperia Pro-I akan mula dibuka bermula dari semalam sehingga 15 Disember 2021 melalui laman web rasmi Sony Malaysia.