Utama Android Sony Sony Xperia Pro-I dilancarkan, bawakan Sensor kamera 1.0-inci, apertur boleh laras f/2.0-4.0

Sony Xperia Pro-I dilancarkan, bawakan Sensor kamera 1.0-inci, apertur boleh laras f/2.0-4.0

328
0

Sony Xperia Pro-1 kini rasmi dengan kamera berkualiti tinggi seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan peminatnya sebelum ini. Tumpuan utama telefon pintar Sony baharu ini pastinya pada fungsi kamera yang ditawarkan olehnya.

Sistem kameranya meletakkan kamera utamanya dengan sensor 1-inci Exmor RS dengan 20.1MP yang diambil dari kamera kompak Sony RX100 VII.

Ia berkeupayaan mengambil gambar dalam format fail RAW 12-bit dan rakaman video natif 4K sehingga 120fps. Apa yang lebih menarik, fungsi auto-fokusnya mempunyai 315 titik pengesan yang merangkumi 90 peratus ruang bingkai bagi memberikan imej ultra-tajam.

Ini seterusnya membawa kepada penggunaan kuasa pemprosesan isyarat gambar yang amat tinggi dan tidak mampu ditampung oleh Snapdragon 888 yang ada padanya.

Atas sebab itu, telefon ini turut dilengkapkan dengan pemprosesan pengimejan BIONZ X. Ini seterusnya membolehkan Xperia Pro-I mengambil gambar sehingga 20fps dengan kedua-dua fungsi fokus-auto dan dedahan-auto diaktifkan.

Ini diselaraskan dengan lensa 24mm Sony baharu yang turut dilengkapkan dengan apertur boleh laras f/2.0 dan f/4.0.

Pada sebelah atas kamera berkenaan, turut ditempatkan kamera ultra-lebar 16mm. Manakala di sebelah bawahnya pula menempatkan lensa telefoto 50mm.

Lain-lain ciri pada Xperia Pro-I adalah sama seperti yang terdapat pada Xperia 1 III dari segi spesifikasinya. Ini termasuklah pemprosesan Snapdragon 888, RAM 12GB, storan 512GB, sokongan kad mikro-SD, dan bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Telefon pintar dengan sokongan kerintangan air IP65/68 akan dijual pada harga $1800 (RM7,460). Tidak diketahui bilakah telefon pintar keluaran Sony terkini akan memasuki pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.