Utama Android Xiaomi Xiaomi 13 dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember 2022 di...

Xiaomi 13 dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember 2022 di China

399
0
Xiaomi 13 dilancarkan Di China

Xiaomi dalam beberapa tahun kebelakangan ini sering mengumumkan telefon pintar mercu keluarannya tidak lama selepas acara Snapdragon Summit diadakan.

Acara tersebut diadakan pada pertengahan November tahun ini, lebih awal berbanding tarikh ia diadakan pada tahun lepas dan atas sebab itu tidak mustahil Xiaomi 13 akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut Sahil Karoul di Twitter, siri Xiaomi 13 dijangka akan dilancarkan pada 1 Disember 2022 di China. Sumber berkenaan juga turut memetik imej pengolokan peranti berkenaan yang dilihat mirip dengan foto yang tertiris baru-baru ini.

Perkakasan Xioami 13 dijangka akan dilengkapkan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM 12GB dan storan sehingga 256GB. Model baharu keluaran Xiaomi ini juga akan mempunyai skrin Samsung E6 Luminous baharu yang lebih baik berbanding skrin Samsung E5 yang digunakan pada Xiaomi 12 Pro.

Tidak banyak maklumat lain mengenai peranti ini yang diketahui setakat ini. Terdapat juga desas-desus mengenai kamera utama telefon pintar ini yang dikatakan dikatakan di sokong oleh fungsi autofokus berlaser.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.