Utama Perkakasan Qualcomm Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2 diperkenalkan, akan hadir ke peranti baharu bulan...

Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2 diperkenalkan, akan hadir ke peranti baharu bulan ini

287
0
Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2

Qualcomm baru-baru ini telah mengumumkan cipset peringkat menengah atas baharunya, Snapdragon 7+ Gen 2.Sebelum ini Snapdragon 7 Gen 1 hanya digunakan pada sebilangan kecil peranti sahaja. Selepas itu tiada Snapdragon 7+ Gen 1 mahupun Snapdragon 7 Gen 2 diperkenalkan dan ia terus melangkau ke 7+ Gen 2.

Snapdragon 7+ Gen 2 menjanjikan peningkatan prestasi dan kecekapan kuasa yang ketara. Teras CPU utama Kryo mencapai 2.91GHz dan keseluruhan pakej CPU 1+3+4 membawakan peningkatan prestasi sebanyak 50% berbanding Snapdragon 7 Gen 1.

GPU Adreno yang masih belum dinamakan buat masa ini padanya pula dikatakan mempunyai peningkatan prestasi 2 kali ganda. Kecekapan tenaganya pula dikira agak sederhana dengan sekitar 13% dalam pelbagai tahap penggunaan.

Tiada perincian spesifikasi mengenai pakej CPU atau GPU bagi pemprosesan baharu ini diumumkan oleh Qualcomm. Pun begitu, Qualcomm menyatakan pemprosesan ini akan hadir ke telefon-telefon pintar baharu seawal bulan ini juga.Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2 Specs

Selain peningkatan prestasi untuk gaming melalui GPU, pemprosesan ini juga menawarkan penambahbaikan untuk pemproses isyarat imejnya (ISP) kepada 18-bit Triple ISP. Ia diperkenalkan bagi menambahbaik kualiti fotografi dalam keadaan pencahayaan rendah. Penggunaan sensor pula disokong sehingga 200MP dan juga sokongan rakaman video HDR dengan tri-dedahan dari dua kamera secara serentak.

Untuk AI pula, Qualcomm AI Engine menawarkan peningkatan prestasi 2 kali ganda dan penjimatan setiap watt bateri sebanyak 40%. Ketersambungannya pula, Snapdragon 7+ Gen 2 menggunakan Sistem Modem RF Snapdragon X62 5G dengan muat turun sehingga 4.4Gbps. Lebih mustahak, telefon yang menggunakan pemprosesan ini kelak akan mampu memanfaatkan ciri 4G/5G Dual-Sim Dual Active (DSDA).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.