Utama PRNewswire Dombbit – Teknologi Inovatif Seterusnya dalam Pasaran Mata Wang Kripto

Dombbit – Teknologi Inovatif Seterusnya dalam Pasaran Mata Wang Kripto

281
0
Dombbit - Teknologi Inovatif Seterusnya dalam Pasaran Mata Wang Kripto
HELSINKI, Finland, 18 Mac 2023 /PRNewswire/ — Dombey Electrics Co. (www.dombbit.com), sebuah syarikat yang ditubuhkan di UK pada tahun 2010 dan seterusnya di Finland dengan menjadikan Hong Kong sebagai tapak pengeluarannya serta mempunyai pejabat di seluruh dunia, merupakan salah satu pengeluar peralatan elektrik dan elektronik yang terkemuka.

Dombbit - Teknologi Inovatif Seterusnya dalam Pasaran Mata Wang Kripto

Kelebihan dwiperlombongan termasuk peningkatan keuntungan dan kecekapan, oleh kerana pelombong boleh mendapat ganjaran daripada dua rangkaian blok rantai yang berbeza pada masa yang sama. Selain itu, dwiperlombongan dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan kos kerana pelombong boleh menggunakan pelantar perlombongan tunggal untuk melombong pelbagai mata wang kripto.

Secara keseluruhannya, mesin dwiperlombongan Dombbit ini mewakili penyelesaian yang inovatif dan canggih untuk pelombong mata wang kripto yang ingin memaksimumkan keuntungan dan kecekapan mereka. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menjalankan penyelidikan dan analisis yang menyeluruh terlebih dahulu sebelum melabur dalam mana-mana perkakasan atau perisian perlombongan tertentu.

Di samping itu, syarikat menyediakan sistem kuasa solar percuma yang dikenali sebagai D200 yang akan disertakan dengan alat perlombongan ini, eksklusif untuk para pelombong mata wang kripto bagi mencegah kebimbangan terhadap bil elektrik yang meningkat. Ini bermaksud bahawa apabila anda membeli pelombong mata wang kripto, anda akan turut menerima D200 untuk membantu proses perlombongan. Alat ini disertakan dengan buku panduan dan mudah untuk dikendalikan. Ketua Pegawai Operasi, James Eskola, menyatakan di “The Street” bahawa beliau percaya ramai pelanggan D2000 akhirnya menggunakan alat ini untuk aktiviti perkhemahan dan bukan untuk perlombongan, sebahagiannya adalah kerana mereka mampu membayar kos utiliti. Itulah sebabnya alat ini diberikan kepada pelombong, bertujuan untuk menampung kos utiliti yang lebih rendah.

Jika terdapat masalah semasa penghantaran, sama ada pecah atau rosak, atau sekiranya mesin tidak dikendalikan dengan baik oleh firma penghantaran, item boleh dikembalikan serta-merta dan akan digantikan dalam jangka masa tertentu. Untuk maklumat lanjut tentang terma pemulangan, sila lihat lebih banyak penerangan di sini www.dombbit.com/faqs/

Tentang Dombey Electric Incorporated 

Dombey Electrics Co. ialah pembekal penyelesaian elektrik utama dan ditubuhkan pada tahun 2010 oleh sekumpulan juruelektrik. Mereka gah dengan keupayaan untuk menghasilkan produk elektrik bukan konvensional bagi kegunaan dalam dan luar bangunan. Selain itu, dengan pelbagai perkembangan teknologi yang ada kini, mereka telah menambah aktiviti kurang berisiko pada penggunaan peralatan elektrik.

Hubungan Media: 

Pengurus Perhubungan Awam
James Eskola
james@dombbit.com
(+358)41 4001018

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2035326/DOMBBIT_MACHINE.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1995671/3944785/Dombey_Logo.jpg

Dombey Electrics Co. Logo

 

   

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.