Utama PRNewswire Platform SAFe® 6.0 dan SAFe® Studio: Mengubah Cara Perusahaan Mencapai Ketangkasan Perniagaan

Platform SAFe® 6.0 dan SAFe® Studio: Mengubah Cara Perusahaan Mencapai Ketangkasan Perniagaan

389
0
Platform SAFe® 6.0 dan SAFe® Studio: Mengubah Cara Perusahaan Mencapai Ketangkasan Perniagaan

Dua keluaran utama daripada Scaled Agile, Inc. membolehkan perusahaan menguruskan perubahan organisasi, mempercepat aliran nilai, menyepadukan teknologi kompleks dan memperkasakan pasukan untuk cemerlang dalam peranan mereka 

BOULDER, Colorado, 17 Mac 2023 /PRNewswire/ — Scaled Agile, Inc., penyedia SAFe®, sistem yang paling dipercayai di dunia untuk ketangkasan perniagaan, hari ini mengumumkan dua produk utama baharu: SAFe® 6.0 dan SAFe® Studio. SAFe 6.0 ialah versi terkini kursus, pensijilan, kit peralatan dan pembelajaran dalam talian Scaled Agile Framework®. SAFe Studio ialah platform baharu yang membolehkan para profesional SAFe belajar, berlatih dan mengurus SAFe.

 

“SAFe telah menjadi piawaian dunia bagi perusahaan untuk mencapai ketangkasan perniagaan pada skala besar. Kami mengambil tanggungjawab ini secara serius dengan terus melabur bagi mengembangkan SAFe untuk menyokong serta mendayakan teknologi dan trend perniagaan terkini. Keluaran baharu ini menunjukkan kemajuan yang besar dalam cara perusahaan menyepadukan amalan SAFe dalam kerja harian, menjadikan perubahan berkekalan dan mencapai manfaat ketangkasan perniagaan yang sebenar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Scaled Agile, Chris James.

SAFe® 6.0 

Scaled Agile Framework® 

Dalam versi terbaharu Rangka Kerja ini, bimbingan untuk menangani cabaran paling kritikal yang dihadapi oleh organisasi telah berkembang dalam bidang-bidang utama ini:

  • Mempercepat aliran nilai untuk pasukan, Agile Release Trains (ARTs), Solution Trains dan portfolio dengan lapan pemecut aliran baharu
  • Mendayakan perusahaan dengan corak perniagaan dan teknologi yang diperlukan untuk mengembangkan SAFe ke seluruh organisasi dengan bimbingan kepada pasukan eksekutif Agile, ARTs yang didayakan perniagaan dan fungsi perniagaan Agile
  • Mengembangkan tanggungjawab dan kerjasama untuk peranan utama SAFe yang mencerminkan kepentingan mereka dalam persekitaran perniagaan Agile
  • Mempercepat penerimagunaan teknologi terkini melalui bimbingan untuk membangunkan keupayaan AI, data raya dan awan
  • Memberikan hasil yang lebih baik dengan bimbingan yang diperluas tentang OKR dan alat yang dipertingkatkan untuk mengukur kecekapan dan aliran

“Teras kepada evolusi SAFe ini ialah pemahaman yang lebih mendalam tentang aliran,” kata pencipta dan Ketua Pakar Metodologi SAFe, Dean Leffingwell. “Dengan keupayaan kami untuk mengukur aliran, kami mempunyai asas yang baharu dan kuantitatif untuk memahami apa yang berlaku, bagaimana ia berfungsi dan apa yang boleh kami lakukan untuk memperbaikinya.” 

Andrew Sales yang juga Ketua Pakar Metodologi mengulas, “Ini mungkin merupakan kejayaan terbesar SAFe dan pemahaman industri kami tentang bagaimana untuk mengukur dan memperbaiki perkara yang dahulunya tidak ketara dan tidak boleh diukur.”

Sumber Pembelajaran dan Amalan 

Corak kejayaan terbaharu ini ditunjukkan dalam kemas kini perisian kursus, pembelajaran dalam talian dan sumber amalan SAFe yang semuanya tersedia di SAFe Studio. Leading SAFe®, salah satu kursus Scaled Agile yang paling popular kini tersedia dalam pelbagai bahasa termasuk Portugis Brazil, China, Perancis, Jerman, Jepun, Korea dan Sepanyol dengan pelan hala tuju penyetempatan berterusan yang bercita-cita tinggi terhadap sumber pembelajaran dan amalan.

Platform SAFe® Studio 

Dibina dengan mengutamakan perusahaan, SAFe Studio ialah evolusi kepada platform berasaskan langganan yang memperkasakan para profesional SAFe untuk belajar, berlatih dan mengurus SAFe. Ia direka untuk mengurus perubahan organisasi—menukar bimbingan SAFe kepada pelaksanaan, membantu para pekerja mengguna pakai dan cemerlang dengan cara bekerja yang berbeza serta mencapai semua ini di seluruh perusahaan dan di seluruh unit perniagaan. 

SAFe Studio baharu ini akan membantu para jurulatih dan pembimbing, pasukan, individu dan Rakan Kongsi Scaled Agile dengan pembelajaran dan amalan SAFe yang paling penting:

  • Pilihan pembelajaran atas permintaan dengan modul pembelajaran pandu diri dan berasaskan praktikal
  • Alat terpilih dan senarai main kandungan berdasarkan minat dan peranan pekerja
  • Alat berpusatkan perusahaan untuk mengurus dan meningkatkan amalan SAFe
  • Penyepaduan saranan pertumbuhan untuk memantau kemajuan
  • Penyetempatan kandungan untuk tenaga kerja global
  • Pencari rakan kongsi yang lebih baik—kini dikategorikan oleh lima keupayaan utama yang paling dihargai oleh perusahaan—untuk dipilih daripada lebih 500 Rakan Kongsi Scaled Agile di seluruh dunia

“Konsep SAFe Studio merupakan suatu langkah ke hadapan yang penting dari segi cara pasukan dan perusahaan memanfaatkan serta mengamalkan SAFe,” kata Inbar Oren, Ketua Pegawai Produk Scaled Agile. “Pelancaran yang dilakukan pada hari ini memulakan perjalanan komitmen kami dalam menyampaikan platform gred perusahaan bertaraf dunia yang menggunakan teknologi maju untuk membolehkan perniagaan dan agensi kerajaan melakukan penyesuaian dengan cepat dalam menghadapi perubahan pasaran yang bergerak pantas dengan lebih baik.”

Ketahui lebih lanjut di scaledagile.com/2023-march-launch-details.

Tentang Scaled Agile, Inc.: 

Scaled Agile, Inc. ialah penyedia SAFe®, sistem yang paling dipercayai di dunia untuk ketangkasan perniagaan. Melalui penyelesaian bersepadu yang membantu pasukan menerokai kaedah kerja yang lebih baik, Scaled Agile mentakrifkan semula cara organisasi terkemuka di dunia mengenal pasti dan menyampaikan nilai pelanggan, memanfaatkan peluang baru muncul dan meningkatkan hasil perniagaan. Lebih 20,000 buah perniagaan dan agensi kerajaan bergantung kepada Rangkaian Rakan Kongsi Global SAFe dan Scaled Agile untuk mempercepat inovasi digital dan bersaing dalam pasaran yang berubah dengan pantas. Ketahui lebih lanjut di scaledagile.com.

Platform SAFe® 6.0 dan SAFe® Studio: Mengubah Cara Perusahaan Mencapai Ketangkasan Perniagaan

 

Video – https://www.youtube.com/watch?v=d0mx0MY4qmE
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2034251/Scaled_Agile_SAFe_6_Launch.jpg

 

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.