Utama Aksesori Jam Tangan Pintar Ciri Pengesanan Apnea Tidur dalam Samsung Galaxy Watch telah diluluskan oleh FDA

Ciri Pengesanan Apnea Tidur dalam Samsung Galaxy Watch telah diluluskan oleh FDA

178
0

Samsung baru-baru ini telah mengumumkan ciri Pengesanan Apnea Tidur (Sleep Apnea Detection) kini telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (Food and Drug Administration, FDA) Amerika Syarikat. Kelulusan ini merupakan pertama yang diterima untuk sesebuah syarikat untuk mengesan apnea tidur menerusi jam tangan dan telefon pintar.

Apnea tidur merupakan keadaan di mana pernafasan seseorang itu terhenti seketika semasa tidur. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

Berbalik kepada ciri pengesanan itu tadi, ia memerlukan waktu tidur pengguna dijejak dalam tempoh empat jam sehari untuk dua hari. Apabila ia mengesan simptom apnea tidur, notifikasi akan dihantar melalui jam tangan dan juga aplikasi Samsung Health untuk memudahkan pengguna membuat pengesanan awal.

Kelulusan yang baru diterima dari FDA dan juga Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah Korea pada Oktober tahun lalu menguatkan lagi jangkaan Samsung akan menawarkan pengesanan apnea tidur di dalam peranti Galaxy Watch menjelang suku ketiga 2024 di Amerika Syarikat. Ciri tersebut bagaimanapun hanya boleh diaktifkan untuk pengguna yang berusia 22 tahun dan ke atas.

Tidak dapat dipastikan sama ada Galaxy Watch dengan ciri berkenaan akan hadir ke pasaran Malaysia setakat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.