Utama Laptop Xiaomi Xiaomi 14 Ultra dijangka turut menawarkan Edisi Khas Titanium; Maklumat RAM dan...

Xiaomi 14 Ultra dijangka turut menawarkan Edisi Khas Titanium; Maklumat RAM dan Storan juga tertiris

334
0

Xiaomi 14 Ultra dijangka akan dilancarkan ke pasaran global pada 25 Februari ini di dalam acara Mobile World Congress (MWC) di Barcelona bersama-sama model standard Xiaomi 14. Baru-baru ini konfigurasi memori dan storan untuk siri telefon pintar berkenaan dilaporkan telah tertiris di China.

Menurut maklumat dari pentiris di laman media sosial China, Weibo, Xiaomi 14 Ultra akan hadir dengan pilihan RAM 12GB dan storan 256GB, RAM 16GB dan storan 512GB, serta RAM 16GB dan storan 1TB.

Menariknya, edisi khas yang diperbuat daripada titanium juga diperkatakan dan akan hanya ditawarkan untuk konfigurasi RAM 16GB dan storan 1TB sahaja. Ini bermakna, tidak semua model 14 Ultra akan mempunyai kerangka titanium dan edisi kerangka khas berkenaan juga dijangka lebih mahal harganya.

Sebelum ini, Xiaomi 15 Ultra dijangka akan mempunyai skrin AMOLED LTPO 6.73-inci beresolusi QHD+ dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia mungkin akan dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3 dengan kuad kamera (kamera utama dengan apertur boleh laras 50MP, ultra lebar 50MP, telefoto 50MP 3.2x, dan telefoto 50MP 5x).

Bahagian hadapannya pula dijangka menawarkan satu kamera 32MP. Ia juga mungkin hadir dengan penarafan kerintangan debu dan air IP68, bateri berkapasiti 5,300mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 90W, serta antaramuka HyperOS melalui Android 14.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.