Shopee baru-baru ini telah mengumumkan kepada penjual-penjualnya bahawa pembeli di Shopee kelak tidak dibenarkan memilih kurier penghantaran bagi pembelian masing-masing bermula dari 17 Jun 2021.
Pemilihan kurier penhantaran selepas tarikh tersebut hanya akan ditetapkan secara automatik bagi meningkatkan tahap kecekapan penghantaran perkhidmatannya, menurut Shopee.
Menurut Shopee lagi, pengguna akan diberikan pilihan “Standard Delivery”, “Economy Delivery” dan “Lain-lain” untuk penghantaran pembelian. Pengguna tidak akan mengetahui syarikat kurier apa yang akan dipilih oleh sistem kerana ianya dilakukan di sebalik tabir sistem tersebut.
Sejauh mana tahap keberkesanan sistem pemilihan kurier penghantaran baharu yang diperkenalkan oleh Shopee ini masih lagi menjadi tanda tanya. Tidak dapat dipastikan sama ada ianya bakal memberikan kesan terhadap penjual, pembeli dan juga penyedia perkhidmatan kurier kelak.













