Shopee Malaysia baru-abru ini telah mengumumkan Pakej Bantuan Peniaga berjumlah RM15 juta yang mensasarkan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memulakan semula perniagaan dalam talian melalui platformnya.
Platform perniagaan dalam talian ini merupakan antara yang terbaru dalam membantu peniaga-peniaga kecil yang terkesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, “Dua cabaran yang telah dikenal pasti adalah: PKS sedang mencari saluran jualan baharu seperti e-dagang, tetapi tidak biasa dengan cara melakukannya.
“PKS ini mahukan rakan kongsi yang dapat memberi mereka panduan langkah demi langkah yang jelas, untuk memastikan mereka berjaya dalam perjalanan penjualan dalam talian mereka,”
Pakej Bantuan Peniaga Shopee akan membantuk PKS dengan mewujudkan peluang jualan dan pertumbuhan, mengurangkan kos operasi, serta menyediakan pembangunan mapan melalui dana, subsidi dan pendidikan.
Untuk tempoh selama dua minggu, perniagaan yang layak untuk pakej ini akan menerima baucar Shopee bernilai RM400, RM200 dalam bentuk kredit pengiklanan berbayar percuma, dan penyertaan percuma untuk program Penghantaran Percuma RM19.
Melalui program ini, Shopee berharap mampu mempermudahkan transaksi dalam talian untuk PKS, disamping meningkatkan jumlah pesanan yang diterima.
Selain itu, Shopee akan meneruskan lagi faedah-faedah sedia ada seperti pendaftaran percuma, komisen 0% untuk penjual marketplace, dan 0% bayaran penyenaraian kepada semua penjual. Kos penghantaran juga turut diserap oleh Shopee sebagai sebahagian dari Pakej Bantuan Peniaga.
Maklumat lanjut, layari laman web Shopee Malaysia.













