Utama Mobile Aplikasi Shopee akan menaikkan Yuran Transaksi untuk Penjualnya dari 2.0% ke 3.5% bermula...

Shopee akan menaikkan Yuran Transaksi untuk Penjualnya dari 2.0% ke 3.5% bermula 1 Ogos ini

138
0

Shopee telah mengumumkan pihaknya akan mengkaji semula yuran transaksi untuk penjualnya dari 2.0% ke 3.5% berkuatkuasa 1 Ogos 2024. Kesemua yuran transaksi ini juga tertakluk kepada cukai perkhidmatan atau SST 8%, menjadikan kadar yuran transaksi 3.78%.

Platform membeli belah dalam talian berkenaan juga menyatakan penjual Marketplace dan Mall tempatan juga dikenakan dengan yuran transaksi bagi menampung yuran gerbang pembayaran yang “meliputi kesemua transaksi dalam talian oleh penyedia perkhidmatan selepas pesanan berjaya dilakukan oleh pembeli”.

Bayaran transaksi akan ditolak secara automatik daripada bayaran balik penjual apabila pesanan telah dilengkapkan. Selain daripada bayaran transaksi, Shopee juga mengenakan bayaran komisyen yang bergantung pada kategori produk dan jika penjual berkaan mengikuti program pulangan tunai. Platform ini juga mengenakan yuran perkhidmatan kepada penjual terpilihan dan yuran penghantaran berdasarkan pilihan penghantaran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.