Utama Mobile Aplikasi Shopee mula kenakan Cukai LVG 10% untuk Barangan Import Bernilai Bawah RM500

Shopee mula kenakan Cukai LVG 10% untuk Barangan Import Bernilai Bawah RM500

362
0

Pengguna yang membuat pembelian secara dalam talian di Shopee telah mula menerima notifikasi dari platform berkenaan cukai barangan bernilai rendah (low value goods, LVG) 10% sejak dari semalam. Cukai tersebut dikuatkuasakan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia bermula dari 1 Januari 2024 selepas ditangguhkan beberapa kali.

Pelaksanaan cukai baharu ini akan mengenakan cukai sebanyak 10% bagi barangan yang diimport dari luar negara bernilai kurang dari RM500. Ini bermakna, produk-produk yang dibawa masuk dari negara-negara seperti China, dan Indonesia akan dikenakan cukai apabila dijual di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan sebagainya.

Shopee kini telah mula mengenakan cukai jualan LVG untuk barangan yang berkaitan. Sesetengah pengguna mungkin tidak menyedarinya kerana kadar cukai tersebut tidak diletakkan secara berasingan. Sebaliknya ia akan dirangkumkan sekali dengan harga yang tertera.

Selain Shopee, Lazada dan platform e-dagang dari China, Aliexpress juga telah mula melaksanakan pengenaan cukai tersebut terhadap barangan-barangan yang dijual di platform masing-masing.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.